May 2013 ~ Yatibiz Official Blog Site

Assalamualaikum wbt. dan selamat datang! Kelebihan membeli secara online adalah menjimatkan masa, kos, duit minyak kenderaan, dan kos parking kenderaan anda. Mengelakkan daripada kesesakan lalu lintas dan lain-lain kos lagi yang terpaksa anda keluarkan. Jika anda membeli secara online anda hanya mengeluarkan kos barang yang anda inginkan dan kos penghantaran pos sahaja. Kemudian anda hanya perlu menunggu barang yang anda order itu sampai di depan pintu rumah anda. Jadilah pengguna yang bijak dan berilmu tentang hak pengguna untuk mengurangkan kos perbelanjaan anda.

Senarai Produk Yatibiz

KISMIS MINDA MENGUATKAN DAYA INGATAN SESEORANG


InsyaAllah boleh membantu meningkatkan kecerdasan minda yang lemah dan pelupa. Digalakkan untuk mereka yang menghafal Al-Quran dan untuk pencapaian cemerlang dalam pelajaran.


*KHASIAT DAN FAEDAH*
1) Kecergasan berfikir
2) Ketajaman minda
3) Menghilangkan Penyakit Lupa
4) Menguatkan daya ingatan
5) Mencerdaskan minda
6) Membersihkan hati
7) Mencerahkan mata
8 ) Menghilangkan balgham (kahak)
9) Menguatkan hati dan limpa serta perut
10) Bagus untuk ibu hamil dan menyusukan anak
11) Membantu menguatkan daya ketahanan badan
12) Kaya dengan vitamin A, B dan C
13) Membantu merawat sembelit
14) Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yg menyebabkan pereputan gigi
15) Menjadi seorang yang rajin mengerjakan solat dan amal soleh
16) Menjadi seorang itu jujur, amanah dan bertanggungjawab pada diri sendiri
17) Menjadi seorang yang tenang menghadapi peperiksaan
18) Sikap yang suka melawan ibu/bapa berubah menjadi taat dan hormat
ibu/bapa dan sebagainya

“sesiapa yang ingin menghafal Hadith hendaklah ia kerap memakan anggur kering”
-Imam Zuhdi.
Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa”.
Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan. Penggunaan kismis (vitis vinifera) dalam pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namanya juga berbeza di antara pelbagai budaya dan bahasa. Ia boleh dimakan mentah mahupun digunakan dalam masakan dan pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya.
Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune dan aprikot.
Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.
Nama-nama bagi kismis:
Inggeris –> Grape seed / Raisin
Arab –> Zabib
Melayu –> Kismis
Saintifik/latin –> Vitis vinifera

Keajaiban khasiat kismis

Apabila ditanya apakah snek makanan ringan untuk kanak-kanak, jawapan yang biasa diterima adalah makanan seperti keropok, ais krim, gula-gula, lolipop, kerepek ubi kentang dan jeruk.
Walaupun sedar pelbagai kesan sampingan yang negatif terkandung dalam makanan ringan tersebut terutama penggunaan monosodium glutamate (MSG), gula dan pengawet yang tinggi, masih ramai ibu bapa tetap mengamalkan diet makanan ini.
Apa kata mulai hari ini, anda cuba ubah persepsi terhadap snek makanan iaitu menggantikannya dengan bahan makanan yang lebih berkhasiat.
Kismis adalah salah satu alternatif bahan makanan yang wajar dijadikan snek makanan kepada anak-anak. Justeru, anda perlu mengubah persepsi bahawa kismis hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan, majlis keramaian tertentu atau dimasukkan ke dalam roti atau kek.
Menurut Pakar Pembangunan Kanak-Kanak di sebuah hospital tempatan, Ruth Liew, ramai yang semakin lupa bahawa, kismis mempunyai kandungan gula daripada buah yang asli. Ia mampu memberi tenaga yang konsisten kepada kanak-kanak.
“Memang gula-gula mampu memberi tenaga yang lebih, tetapi ia akan menyebabkan kanak-kanak menjadi hiper dan menjadi lemah apabila kandungan gula itu mula merosot.
“Berlainan dengan kismis, dengan kismis, kanak-kanak akan dapat tenaga yang seimbang dan menyihatkan badan.
“Ia juga makanan ringan yang lebih baik daripada gula-gula. Gula-gula boleh meninggalkan kesan kerosakan pada gigi kanak-kanak dan tenaga yang diperoleh juga tidak sekata,” jelas Ruth pada satu sesi penerangan tentang kebaikan kismis kepada media di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Katanya, kanak-kanak masa kini tidak lagi gemar dengan makanan yang terlalu pelbagai, sebaliknya mereka lebih gemar makanan yang lebih santai. Oleh kerana itu, ibu bapa perlu menjadikan kismis sebagai snek makanan ringan untuk anak-anak yang masih bersekolah.
Tambah Ruth, untuk menjadikan kismis sebagai snek ringan kepada anak-anak, ibu bapa perlu memainkan peranan.
Bagi kanak-kanak atau golongan remaja yang sudah biasa atau gemar menikmati kismis begitu sahaja, ia bukan satu masalah lagi kepada ibu bapa.
“Bila mereka tengok TV, jangan bagi mereka kuaci atau keropok sebaliknya beri mereka kismis. Bekalkan juga kismis ketika ke sekolah,” katanya.
Namun, jika ada yang tidak gemar menikmati kismis dalam bentuk mentah, ia boleh dicampur dalam pelbagai hidangan lain dengan cara mempelbagaikan makanan yang dicampur dengan kismis dalam hidangan waktu pagi, petang dan malam.
“Mereka mungkin tidak akan memilih kismis, tetapi ibu bapa perlu tahu khasiatnya. Terus beri galakan kepada anak-anak dengan mempelbagaikan masakan.
“Anda boleh campur kismis ke dalam bubur, sup, atau sayur-sayuran yang biasa dimakan anak-anak,” kata Ruth yang mengakui ia juga boleh diamalkan dalam diet orang dewasa.
Ruth yang menerima reaksi daripada ibu bapa yang memberi kismis kepada anak-anak juga memberitahu, hasil yang diperoleh amat positif.
Ada ibu bapa mula mempelbagaikan cara pemakanan dan ada juga yang memberi kismis seperti memakan vitamin setiap hari.
“Malah, ada juga anak-anak yang gembira dengan amalan makanan anggur kering itu,” jelas Ruth yang turut mengamalkan memakan kismis sejak kecil lagi.
Dalam Islam, kismis sudah lama disaran untuk pemakanan kanak-kanak kerana ia adalah makanan tambahan yang mampu merangsang minda dalam melahirkan generasi genius.
Menyedari kebaikan kismis dan kemampuannya menjadi snek dalam makanan kanak-kanak, masyarakat Barat turut mula mengambilnya dalam diet mereka.
Penelitian Christine D.Wu dari Universiti Illinois, Chicago, Amerika Syarikat mendapati kismis mengandungi antioksidan yang dapat melawan bakteria penyebab kerosakan gigi dan gusi.
Antara antioksidan itu adalah asid oleanolic, oleanolic aldehyde, betulin, asid betulin dan 5-(hydroxymethyl)-2-furfural.
PENCUCI mulut daripada kismis.
Asid oleanolic mampu menghambat pertumbuhan dua spesies bakteria penghuni mulut iaitu streptoccus mutan, penyebab plak dan kerosakan gigi serta porphyromonas gingivalis, penyebab penyakit periodontal.
Sementara itu, pakar pemakanan dari sebuah hospital swasta, Tan Yen Sing, berkata, kajian juga mendapati kismis yang kaya dengan potassium dan rendah dalam sodium membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.
“Malah, khasiat daripada kismis juga boleh mengurangkan risiko strok dan melemahkan perkembangan penyakit-penyakit organ dalam badan.
Selain itu juga, kismis mengandungi fiber dan asid tartaric. Ia juga baik untuk kesihatan tulang dalam badan anda.
Katanya, kismis mempunyai banyak khasiat pemakanan, serat, antioksidan, vitamin dan kalium yang merupakan nutrien penting untuk badan.
“Saya menafikan memakan kismis akan membuatkan anda gemuk. Ia adalah mitos. Ini kerana, manis yang ada pada kismis adalah manis buah-buahan yang asli.
“Ia juga mudah untuk dibawa dan boleh dipelbagaikan dalam masakan seisi keluarga,” ujar Tan Yen Sing.

Buah Anggur

Khasiat buah-buahan mengandungi serat, air dan nutrisi yang tinggi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang. Tidak hairanlah mengapa pakar pemakanan mengunjurkan amalan memakan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian.
Bagaimanapun dalam pilihan pelbagai jenis buah, ada beberapa jenis yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan iaitu grapefruit atau limau gedang, oren, epal, beri, tembikai dan anggur. Oleh itu, anggur juga mempunyai serat, air dan nutrisi yang dapat menurunkan berat badan seseorang.
Selain itu, khasiat buah anggur juga dapat mencegah kerosakan mata. Di dalam buah anggur juga banyak mengandungi lutein dan zeaxanthine, kedua kandungan zat ini dapat mengurangi risiko kerosakan penglihatan. Lutein, merupakan salah satu jenis karotenoid. Tambahan lagi, lutein juga mempunyai kesan antioksida. Dalam satu penyelidikan, didapati bahawa lensa mata manusia mengandungi sedikit lutein dan zeaxanthine.
Oleh sebab inilah, kita perlu memakan (buah-buahan) yang banyak mengandungi lutein khususnya pada buah anggur. Tujuannya adalah untuk menjaga metabolis dalam lensa mata, sehingga tetap jernih.
Khasiat buah anggur juga dapat membantu mencegah sakit hati (hepar), buah anggur yang difermentasi daripada kulitnya, dengan kandungan polyphenol-nya memiliki khasiat menangkal segala penyakit yang berhubungan dengan hati (hepar) manusia.
Antara lainnya, khasiat anggur dapat mencegah daripada penyakit strok, jantung, dan kanser. Menurut penelitian Reuter Health (Kaltim Post, 30-8-2001), bahawa wanita muda yang mengkonsumsi anggur merah 1 hingga 2 gelas sehari kurang berisiko untuk mendapat serangan Ischemic stroke (strok yang disebabkan oleh tersumbatnya saluran darah sehingga oksigen tidak dapat sampai ke otak). Di dalam buah anggur terdapat khasiat flavonoids zat antioksida dan yang berfungsi melindungi tubuh daripada penyakit jantung dan kanser.
Nabi Muhammad SAW bersbda: “Barang siapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.
“Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.
Imam Ali berkata: “ Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.
“Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilang panas dan memulihkan kesihatan jiwa”.
Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapt menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa”.
BERMINAT BOLEH HUBUNGI PN YATI 012-9326011, RM5/PACKET (200G) 
HARGA TIDAK TERMASUK PENGHANTARAN MELALUI POSLAJU

DIPEK DALAM ALUMINIUM FOIL MEMBUATKAN IA LEBIH KEKAL SEGAR


Penawar GOUT orang asli


Penawar Gout Orang Asli

Apakah Penyakit Gout?

Untuk pengetahuan anda, penyakit gout adalah merupakan penyakit yang biasanya dihidapi oleh lelaki. Macamanapun, perempuan yang sudah melalui putus haid ataupun menopause juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit Gout ini walaupun risiko tersebut  tidaklah sebesar kaum lelaki.
            
Apakah faktor yang menyebabkan gout 

Penyakit Gout biasanya berlaku akibat daripada dua faktor iaitu asid urik berlebihan dalam badan dan kedua asid urik yang tidak dibuang secara berkesan dalam badan.Asid urik yang berlebihan akan menyebabkan ia membentuk jarum-jarum kristal pada sendi sendi dan sakit serta ia mungkin juga akan terbentuk pada tempat lain. Akhirnya juga mungkin boleh menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.

Faktor Utama yang menyebabkan gout : 
1.    Asid uric berlebihan dalam badan 
2.    Asid urik tidak dibuang dengan berkesan dalam badan.

Penawar sejenis bunga ini mampu mengatasi masalah gout dengan fokus kepada dua faktor di atas dengan : 
1.    Mengeluarkan asid urik berlebihan dari badan melalui air kencing
2.    Membanyakkan pengeluaran air kencing untuk mempercepatkan proses pengeluaranasid urik

Tanda-tanda penyakit gout menyerang
1.    Sakit sendi yang datang secara tiba-tiba terutamanya pada bahagian ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki. 
2.    Sendi membengkak, kaku serta menjadi panas dan merah secara serta merta bila disentuh dan menyebabkan pesakit menjadi demam.
3.    Benjolan akan timbul dekat sendi serta cuping telinga yang disebabkan oleh timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur.


Faktor risiko untuk mendapat penyakit gout
•    Jantina - Secara umumnya, lelaki lebih berisiko mendapat Gout pada kadar 90 peratus kes yang dilaporkan.

•    Gaya hidup - Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.

•    Obesiti - Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.

•    Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan Individu yang menjalani pembedahan mendapat sakit tenat secara tiba-tiba dan terlantar lama juga boleh mengalami peningkatan asid urik dalam badannya. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.

•    Genetik - Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah Gout.

•    Umur -  Gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula Selepas umur putus haid.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar! Dengan izin Allah swt. Kami telah temui satu penawar hebat penyembuh masalah gout. Penawar ini kami perolehi daripada penduduk orang-orang Asli di Gua Musang, Kelantan. Ia merupakan penawar yang sangat berkesan diambil daripada sejenis bunga yang berada di tengah-tengah hutan tebal.

Allhamdulillah bunga-bunga ini telahpun kami proses dalam bentuk kapsul dan diisikan dalam botol kaca yang gelap bagi mengelak ianya rosak akibat terkena cahaya matahari.
Lihat Gambar Botol & Kapsul Penawar Gout ini
Sila dapatkan segera ubat ini. Samalah juga dengan perkataan-perkataan saya sebelum ini, saya tidak mampu untuk meyakinkan anda dengan ayat-ayat yang hanya manis di bibir tentang keberkesanan ubat ini. Ia hanyalah ubat tradisional kampung yang sudah digunakan dan diakui oleh doktor-doktor di klinik sendiri. Cukuplah dengan beribu-beribu pelanggan seperti penawar resdung dan buasir kami yang memberi respon positif.

Jika berminat boleh hubungi Pn. Yati sekarang di talian 012-9326011

Antara testimoni yang terkumpul :-