InsyaAllah boleh membantu meningkatkan
kecerdasan minda yang lemah dan pelupa. Digalakkan untuk mereka yang menghafal
Al-Quran dan untuk pencapaian cemerlang dalam pelajaran.
1) Kecergasan berfikir
2) Ketajaman minda
3) Menghilangkan Penyakit Lupa
4) Menguatkan daya ingatan
5) Mencerdaskan minda
6) Membersihkan hati
2) Ketajaman minda
3) Menghilangkan Penyakit Lupa
4) Menguatkan daya ingatan
5) Mencerdaskan minda
6) Membersihkan hati
7) Mencerahkan mata
8 ) Menghilangkan balgham (kahak)
9) Menguatkan hati dan limpa serta perut
10) Bagus untuk ibu hamil dan menyusukan anak
8 ) Menghilangkan balgham (kahak)
9) Menguatkan hati dan limpa serta perut
10) Bagus untuk ibu hamil dan menyusukan anak
11) Membantu menguatkan daya ketahanan badan
12) Kaya dengan vitamin A, B dan C
13) Membantu merawat sembelit
14) Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yg menyebabkan
pereputan gigi
15) Menjadi seorang yang rajin mengerjakan solat dan amal soleh
16) Menjadi seorang itu jujur, amanah dan bertanggungjawab pada diri sendiri
17) Menjadi seorang yang tenang menghadapi peperiksaan
18) Sikap yang suka melawan ibu/bapa berubah menjadi taat dan hormat
ibu/bapa dan sebagainya
15) Menjadi seorang yang rajin mengerjakan solat dan amal soleh
16) Menjadi seorang itu jujur, amanah dan bertanggungjawab pada diri sendiri
17) Menjadi seorang yang tenang menghadapi peperiksaan
18) Sikap yang suka melawan ibu/bapa berubah menjadi taat dan hormat
ibu/bapa dan sebagainya
“sesiapa
yang ingin menghafal Hadith hendaklah ia kerap memakan anggur kering”
-Imam Zuhdi.
-Imam Zuhdi.
Pada riwayat lain dari Abi Ja’far
At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan
jiwa”.
Kismis adalah buah anggur yang
dikeringkan. Penggunaan kismis (vitis vinifera) dalam pelbagai tradisi dan
budaya mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namanya juga berbeza di antara
pelbagai budaya dan bahasa. Ia boleh dimakan mentah mahupun digunakan dalam
masakan dan pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang
tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk
kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak
menjejaskan kegunaanya.
Sebanyak 60% berat kismis terdiri
daripada gula, di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah
glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune
dan aprikot.
Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.
Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.
Nama-nama
bagi kismis:
Inggeris –> Grape seed / Raisin
Arab –> Zabib
Melayu –> Kismis
Saintifik/latin –> Vitis vinifera
Inggeris –> Grape seed / Raisin
Arab –> Zabib
Melayu –> Kismis
Saintifik/latin –> Vitis vinifera
Keajaiban khasiat kismis
Apabila ditanya apakah snek makanan
ringan untuk kanak-kanak, jawapan yang biasa diterima adalah makanan seperti
keropok, ais krim, gula-gula, lolipop, kerepek ubi kentang dan jeruk.
Walaupun sedar pelbagai kesan
sampingan yang negatif terkandung dalam makanan ringan tersebut terutama
penggunaan monosodium glutamate (MSG), gula dan pengawet yang tinggi, masih
ramai ibu bapa tetap mengamalkan diet makanan ini.
Apa kata mulai hari ini, anda cuba
ubah persepsi terhadap snek makanan iaitu menggantikannya dengan bahan makanan
yang lebih berkhasiat.
Kismis adalah salah satu alternatif
bahan makanan yang wajar dijadikan snek makanan kepada anak-anak. Justeru, anda
perlu mengubah persepsi bahawa kismis hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan, majlis
keramaian tertentu atau dimasukkan ke dalam roti atau kek.
Menurut Pakar Pembangunan Kanak-Kanak
di sebuah hospital tempatan, Ruth Liew, ramai yang semakin lupa bahawa, kismis
mempunyai kandungan gula daripada buah yang asli. Ia mampu memberi tenaga yang
konsisten kepada kanak-kanak.
“Memang gula-gula mampu memberi
tenaga yang lebih, tetapi ia akan menyebabkan kanak-kanak menjadi hiper dan
menjadi lemah apabila kandungan gula itu mula merosot.
“Berlainan dengan kismis, dengan
kismis, kanak-kanak akan dapat tenaga yang seimbang dan menyihatkan badan.
“Ia juga makanan ringan yang lebih
baik daripada gula-gula. Gula-gula boleh meninggalkan kesan kerosakan pada gigi
kanak-kanak dan tenaga yang diperoleh juga tidak sekata,” jelas Ruth pada satu
sesi penerangan tentang kebaikan kismis kepada media di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Katanya, kanak-kanak masa kini tidak
lagi gemar dengan makanan yang terlalu pelbagai, sebaliknya mereka lebih gemar
makanan yang lebih santai. Oleh kerana itu, ibu bapa perlu menjadikan kismis
sebagai snek makanan ringan untuk anak-anak yang masih bersekolah.
Tambah Ruth, untuk menjadikan kismis
sebagai snek ringan kepada anak-anak, ibu bapa perlu memainkan peranan.
Bagi kanak-kanak atau golongan remaja
yang sudah biasa atau gemar menikmati kismis begitu sahaja, ia bukan satu
masalah lagi kepada ibu bapa.
“Bila mereka tengok TV, jangan bagi
mereka kuaci atau keropok sebaliknya beri mereka kismis. Bekalkan juga kismis
ketika ke sekolah,” katanya.
Namun, jika ada yang tidak gemar
menikmati kismis dalam bentuk mentah, ia boleh dicampur dalam pelbagai hidangan
lain dengan cara mempelbagaikan makanan yang dicampur dengan kismis dalam
hidangan waktu pagi, petang dan malam.
“Mereka mungkin tidak akan memilih
kismis, tetapi ibu bapa perlu tahu khasiatnya. Terus beri galakan kepada
anak-anak dengan mempelbagaikan masakan.
“Anda boleh campur kismis ke dalam
bubur, sup, atau sayur-sayuran yang biasa dimakan anak-anak,” kata Ruth yang
mengakui ia juga boleh diamalkan dalam diet orang dewasa.
Ruth yang menerima reaksi daripada
ibu bapa yang memberi kismis kepada anak-anak juga memberitahu, hasil yang
diperoleh amat positif.
“Ada ibu bapa mula mempelbagaikan cara
pemakanan dan ada juga yang memberi kismis seperti memakan vitamin setiap hari.
“Malah, ada juga anak-anak yang
gembira dengan amalan makanan anggur kering itu,” jelas Ruth yang turut
mengamalkan memakan kismis sejak kecil lagi.
Dalam Islam, kismis sudah lama
disaran untuk pemakanan kanak-kanak kerana ia adalah makanan tambahan yang
mampu merangsang minda dalam melahirkan generasi genius.
Menyedari kebaikan kismis dan
kemampuannya menjadi snek dalam makanan kanak-kanak, masyarakat Barat turut
mula mengambilnya dalam diet mereka.
Penelitian Christine D.Wu dari
Universiti Illinois , Chicago , Amerika Syarikat mendapati kismis
mengandungi antioksidan yang dapat melawan bakteria penyebab kerosakan gigi dan
gusi.
Antara
antioksidan itu adalah asid oleanolic, oleanolic aldehyde, betulin, asid
betulin dan 5-(hydroxymethyl)-2-furfural.
PENCUCI
mulut daripada kismis.
Asid oleanolic mampu menghambat
pertumbuhan dua spesies bakteria penghuni mulut iaitu streptoccus mutan,
penyebab plak dan kerosakan gigi serta porphyromonas gingivalis, penyebab
penyakit periodontal.
Sementara itu, pakar pemakanan dari
sebuah hospital swasta, Tan Yen Sing, berkata, kajian juga mendapati kismis
yang kaya dengan potassium dan rendah dalam sodium membantu mengurangkan
tekanan darah tinggi.
“Malah, khasiat daripada kismis juga
boleh mengurangkan risiko strok dan melemahkan perkembangan penyakit-penyakit
organ dalam badan.
Selain itu juga, kismis mengandungi
fiber dan asid tartaric. Ia juga baik untuk kesihatan tulang dalam badan anda.
Katanya, kismis mempunyai banyak
khasiat pemakanan, serat, antioksidan, vitamin dan kalium yang merupakan
nutrien penting untuk badan.
“Saya menafikan memakan kismis akan
membuatkan anda gemuk. Ia adalah mitos. Ini kerana, manis yang ada pada kismis
adalah manis buah-buahan yang asli.
“Ia juga mudah untuk dibawa dan boleh
dipelbagaikan dalam masakan seisi keluarga,” ujar Tan Yen Sing.
Buah Anggur
Khasiat
buah-buahan mengandungi serat, air dan nutrisi yang tinggi sehingga mampu
membuatkan perut menjadi kenyang. Tidak hairanlah mengapa pakar pemakanan
mengunjurkan amalan memakan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian.
Bagaimanapun dalam pilihan pelbagai jenis buah, ada beberapa jenis yang
mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan iaitu grapefruit atau
limau gedang, oren, epal, beri, tembikai dan anggur. Oleh itu, anggur juga
mempunyai serat, air dan nutrisi yang dapat menurunkan berat badan seseorang.
Selain itu, khasiat buah anggur juga
dapat mencegah kerosakan mata. Di dalam buah anggur juga banyak mengandungi
lutein dan zeaxanthine, kedua kandungan zat ini dapat mengurangi risiko
kerosakan penglihatan. Lutein, merupakan salah satu jenis karotenoid. Tambahan
lagi, lutein juga mempunyai kesan antioksida. Dalam satu penyelidikan, didapati
bahawa lensa mata manusia mengandungi sedikit lutein dan zeaxanthine.
Oleh sebab inilah, kita perlu memakan
(buah-buahan) yang banyak mengandungi lutein khususnya pada buah anggur.
Tujuannya adalah untuk menjaga metabolis dalam lensa mata, sehingga tetap
jernih.
Khasiat buah anggur juga dapat
membantu mencegah sakit hati (hepar), buah anggur yang difermentasi daripada
kulitnya, dengan kandungan polyphenol-nya memiliki khasiat menangkal segala
penyakit yang berhubungan dengan hati (hepar) manusia.
Antara lainnya, khasiat anggur dapat
mencegah daripada penyakit strok, jantung, dan kanser. Menurut penelitian
Reuter Health (Kaltim Post, 30-8-2001), bahawa wanita muda yang mengkonsumsi
anggur merah 1 hingga 2 gelas sehari kurang berisiko untuk mendapat serangan
Ischemic stroke (strok yang disebabkan oleh tersumbatnya saluran darah sehingga
oksigen tidak dapat sampai ke otak). Di dalam buah anggur terdapat khasiat
flavonoids zat antioksida dan yang berfungsi melindungi tubuh daripada penyakit
jantung dan kanser.
Nabi Muhammad SAW bersbda: “Barang
siapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi,
maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.
“Biasakanlah memakan kismis kerana
kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan
lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan
letih”.
Imam Ali berkata: “ Barangsiapa
memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu
yang tidak disenangi”.
“Kismis dapat menguatkan jantung,
menghilangkan penyakit, menghilang panas dan memulihkan kesihatan jiwa”.
Pada riwayat lain dari Abi Ja’far
At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapt menghilangkan lendir dan menyihatkan
jiwa”.
1 Comments
Terbaikkk!!!!! kismis minda patut dibagi pada anak-anak kita tidak kira masa. Baik masa bersekolah mahupun masa dirumah (terutama waktu tengok tv). Bekalan yang berterusan kepada anak-anak mampu membiasakannya dengan makanan ringan yang terbaik iaitu kismis minda....
ReplyDelete