Ayam Masak Merah Simple Tak Pedas Kesukaan Kanak-kanak


Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - potong kecik
3 sudu besar cili kisar tak pedas
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili 
2 sudu besar sos cili 
1 biji tomato 
1pc kulit kayu manis - xde pun xpe
2pcs bunga lawang - xde pun xpe
1/2 biji bawang besar Holland - hiris
Daun sup/daun bawang - untuk hiasan

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Cara cara:
Ayam dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian digoreng hingga masak tidak terlalu garing. Tepikan

Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar hingga masak sekali dgn kulit kayu manis dan bunga lawang.

Masukkan cili kisar dan tumis lagi dengan api perlahan sehingga cili masak dan naik minyak. Masukkan gula dan garam. Kacau rata. 

Masukkan sos tomato dan sos cili dan buah tomato. Kacau rata. Masukkan sedikit air. Kacau lagi. 

Akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris. Kacau sehingga bawang separuh layu, masukkan ayam goreng. 

Kacau sebati sehingga bawang besar layu. Bolehlah angkat dan dihidangkan. Tabur daun sup atau daun bawang utk hiasan



Sesuai dimakan bersama nasi putih, nasi briyani dan nasi tomato..nyumm nyumm 

Post a Comment

0 Comments