ROTI JALA KARI AYAM MY FAVOURITE


Bahan-bahan Roti Jala

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 ½ cawan air
  • 1 biji telur
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 sudu besar marjerin ~ dicairkan
  • 1 sudu kecil rata garam
  • sedikit minyak (untuk lengser pada kuali)
Cara-cara membuatnya:-
  1. Campurkan semua bahan2 di atas menggunakan whisker atau blender hingga sebati. Tapiskan.
  2. Panaskan kuali. Lengserkan dgn sedikit minyak pada kuali.
  3. Menggunakan acuan roti jala... ceduk adunan tadi & kirai ke dalam kuali menjadi seperti jala .
  4. Biarkan hingga roti jala masak. Tak perlu dibalikkan. Terus saja angkat & masukkan ke atas pinggan lalu dilipat / digulung mengikut sesukaan anda.
  5. Buat hingga habis. (tak perlu lengser minyak setiap kali nak kirai roti jala.. lengserkan sekali sekala saja kerana dah ada marjerin dlm adunan... jika guna non stick pan lagi senang )
  6. Pastikan setiap kali sebelum menceduk adunan.. mesti sentiasa dikacau2 adunan terlebih dahulu supaya adunan sentiasa sebati.
  7. Hidangkan bersama kuah kari, rendang, serawa durian atau apa2 saja kuah kegemaran anda.
Bahan-bahan Kari Ayam
  • 1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
  • 3 biji kentang ~ setiap satu dipotong 4
  • 1 ulas bawang putih di tumbuk
  • 4 ulas bawang merah ditumbuk
  • 1 cm halia dihiris halus
  • 4 sudu besar rempah kari ayam
  • 2 sudu kecil cili mesin
  • secubit serbuk kunyit
  • sikit saja air asam jawa (atau blh ganti dgn asam keping)
  • (campurkan bahan2 jika pekat tambah sikit air)
  • 1 kotak santan segera/secukupnya santan
  • air secukupnya utk kuah (nak pekat jgn byk sgt)
  • sikit minyak
  • garam & perasa secukupnya
Cara2
  1. Panaskan minyak, tumis bahan2 campuran rempah. Kacau2 & biar hingga naik wangi.
  2. Masukkan isi ayam dan sedikit air. Biar mendidih & ayam hampir masak. Masukkan bahan2 lain spt ubi kentang, santan, garam & perasa dan masak hingga kentang empuk. Renihkan kuah dengan api yang kecil sehingga terbit minyak.
  3. Biarkan secukup rasa. Sedia dihidangkan bersama roti jala atau apa2 saja kegemaran anda.

** Selamat mencuba**http://www.vansewashahalam.com/

Post a Comment

0 Comments