September 2012 ~ Yatibiz Official Blog Site

Assalamualaikum wbt. dan selamat datang! Kelebihan membeli secara online adalah menjimatkan masa, kos, duit minyak kenderaan, dan kos parking kenderaan anda. Mengelakkan daripada kesesakan lalu lintas dan lain-lain kos lagi yang terpaksa anda keluarkan. Jika anda membeli secara online anda hanya mengeluarkan kos barang yang anda inginkan dan kos penghantaran pos sahaja. Kemudian anda hanya perlu menunggu barang yang anda order itu sampai di depan pintu rumah anda. Jadilah pengguna yang bijak dan berilmu tentang hak pengguna untuk mengurangkan kos perbelanjaan anda.

Senarai Produk Yatibiz

Tahukah anda air suam baik untuk kesihatan


Air suam untuk kesihatan 

“Hadkan aktiviti (luar rumah) dan banyak minum air suam," Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu pemberita pada satu majlis baru-baru ini, bila ditanya mengenai apa yang orang ramai perlu buat jika jerubu melanda.
Kenapa perlu minum air suam? Ramai yang menyangka tabiat minum air suam hanya petua atau cerita daripada ‘orang tua-tua’ sahaja.
Tetapi, pengamal penjagaan kesihatan juga memang berpendapat bahawa minum air suam dapat memanjangkan umur sel badan!
Air dingin
“Minum air sejuk mungkin boleh beri kepuasan bagi menghilangkan dahaga.
“Tetapi ahli sains percaya air yang sejuk akan mengentalkan lemak dalam makanan yang baru diambil dan menyukarkan sistem pencernaan lemak dalam badan.
“Ini selanjutnya menyukarkan pengeluaran bahan buangan lemak dari dalam badan," jelas pengamal perubatan Dr. A.Radha.
Minum air sejuk atau yang mempunyai ketulan ais adalah tidak sebaik minum air biasa dari segi hidrasi badan.
Teorinya adalah, air sejuk menyebabkan salur darah perut mengecut dan melambatkan proses penyerapan.
Ada pengkaji bidang perubatan yang mempunyai pandangan berbeza tentang sama ada minum air sejuk lebih baik daripada minum air suam terutama selepas melakukan senaman.
“Ada doktor yang menyarankan minum air biasa adalah lebih baik daripada minum air sejuk kerana badan terpaksa mengeluarkan tenaga lebih untuk memanaskan air sejuk ini ke tahap suhu badan, menyebabkan terjadinya kehilangan air dari badan.
“Tetapi ada juga doktor yang menyatakan bahawa selepas aktiviti senaman yang cergas, minum air sejuk akan mudah menyejukkan badan jika dibandingkan dengan air suam," jelas Dr. Radha.
Kata Dr. Radha, mereka yang minum air sejuk sebenarnya akan minum lebih banyak air kerana air sejuk rasanya lebih sedap dan lebih memuaskan.
Bila air sejuk melalui sistem dalam badan, ia mengentalkan lelemak makanan yang baru atau sedang dimakan.
Ini menyebabkan penghadaman serta penyerapan makanan lebih sukar selain dari membuang apa yang tidak perlu dari badan.
Tetapi jika ditukar air sejuk kepada air suam atau panas (seperti teh atau kopi), air yang suam itu akan membantu mencairkan lelemak dalam makanan yang diambil dan memudahkan pencernaan.
“Ia turut membantu membuang lemak dengan cara yang lebih senang dari sistem badan serta mengurangkan risiko salur darah tersumbat," kata beliau.
Kalau hendak bantu seseorang yang tengah demam panas, jangan guna air sejuk tetapi gunakanlah air yang agak suam.

Kata Dr. Radha, air yang sejuk sebenarnya boleh merangsang dan menaikkan suhu badan. Jika mereka yang demam minum air sejuk, badan mereka akan jadi ‘kesejukan’. Jadi air suam adalah pilihan yang baik.
Minum air suam juga boleh menenang dan merelakskan badan, kata beliau lagi.
Warna kencing
Menurut Dr. Radha, indikasi terbaik sama ada badan mencukupi imbangan air adalah dengan melihat warna air kencing.
“Jika warna air kencing pekat kekuningan, seseorang itu mungkin tidak cukup air dalam badan, tetapi jika air kencing itu berwarna kuning pucat dan cerah maka kandungan cecair badan adalah mencukupi. Harus diingat warna air kencing pada sebelah pagi adalah lebih pekat," katanya.
Menurut beliau lagi, ahli sains percaya minum air suam ketika makan boleh membantu mengurangkan berat badan.
“Jika kita tukar air sejuk yang diminum dengan air suam seperti minuman teh, kopi atau herba, lemak dalam makanan akan kekal cair dan lebih mudah bagi serapan serta pengeluaran dari badan.
“Ini akan membantu mengurangkan berat badan selain membuang lemak dari bersalut dalam salur darah," katanya.
Mengikut amalan perubatan tradisional Cina, untuk kekal sihat seseorang digalakkan minum air suam.
“Air sejuk sebenarnya tidak baik untuk perut anda," katanya lagi.- Bernama

7 Antara Kelebihan Pencinta Al-Quran

1. Tidak nyanyuk sampai hari tua.  
2. Orang tua yang mengamalkan Quran diumpamakan macam Quran buruk, lunyai, hancur, tetap disayangi, tetap dihargai. Orang masih menghormati dan mencintainya serta meletakkannya di tempat yang baik-baik. MasyaAllah! How true this is, I've seen with my very own eyes the evidence of this.
 3. Orang yang mencintai al-Quran tidak perlu susah hati dengan usia tua, kalau tidak ada anak yang dapat menjaga dirinya, tetap akan ada orang yang Allah datangkan untuk menjaganya kerna ini adalah janji Allah kepada hamba-hamba NYA yang menjunjung kemuliaan mukjizat. Golongan ini dalam pengawasan para malaikat;
 4. Orang yang junjung al-Quran dalam dirinya akan dijaga keselamatannya oleh Allah di dunia, di dalam kubur dan pada hari akhirat (ini untung 3 alam wahai para sahabatku!!!)
 5. Wajahnya bercahaya-cahaya dan mesra untuk didekati
 6. Orang yang membaca al-Quran tidak dihina . Dia tidak akan menjadi peminta sedekah atau makan sampah di jalanan, misalnya.
 7. Pengamal al-Quran hidupnya tampak sederhana tetapi sebenarnya dia kaya dengan sumber rezeki yang tidak diduga. Inilah lambang keberkatan yang Allah hadiahkan kepadanya. MasyaAllah!!! Kita tak nak ke semua yang di atas tu???? Mesti mau kan??? Jadi, marilah kita sama-sama berusaha untuk menjadi bukan saja blogger tegar malah jauh lebih baik pengamal al-Quran yang tegar :)) Allah Maha Pengasih dan Penyayang kerana Dia telah menjamin orang yang selalu membaca al-Quran akan diberi ketenangan. Al-Quran ni Allah jamin boleh membelah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi! Apatah lagi kulit kita yang nipis ni lagi mudah ditembusi dengan mukjizat ayat-ayat al-Quran. manuQuran ini hidup. Dia ada roh. Dia kenal siapa yang mendampinginya. Apabila roh Quran telah bersatu dengan si pembaca, ia bagaikan suasana antara ibu dan anak - terlalu sayang. Apabila begitu, Al-Quran akan menjaga orang yang menghargainya bukan saja di dunia malah di alam kubur dan juga di akhirat. Dia akan bantu kita di dalam 3 alam yang berbeza! Al-Quran menjamin ketenangan kita di dunia, dijaganya kita daripada seksa kubur, disinarnya kubur kita dengan cahaya dan dilapangkan kubur kita hinggalah hari kiamat. Begitulah setianya al-Quran kepada kita kalau kita memilihnya menjadi sahabat sejati kita yang hakiki. Tapi kalau sebaliknya kita tak pernah langsung nak pegang al-Quran apa lagi nak baca dan amalkan suruhannya, maka jadilah kita antara sia yang dilaknat oleh Al-Quran (Na'uzubillai minzaalik).

 Dan tanda al-Quran melaknat manusia:
 1. Di depan orang kita disanjung tetapi di belakang orang kita dihina dan dikutuk;
2. Rezeki tak pernah cukup;
3. Rumahtangga tidak tenang;
4. Semua orang kita anggap musuh.
Mudah-mudahan kita tak termasuk dalam golongan yang empat ni.