Assalamualaikum....
10 Benda Tidak Dapat Dibeli Dengan Duit":
Zaman
materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja
bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama
“duit”. Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak
boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang
diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah,
merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di
zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya. Tetapi walau bagaimana
pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan
duit.
1. Masa Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah
berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak
akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada
untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda
sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu
juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi
tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu
Subuh tadi.
2. Kebahagiaan Memang kedengaran pelik, tapi inilah
kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh
bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli
kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan
sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang
tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super
mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.
3. Kebahagiaan Anak Untuk membeli makanan dan pakaian yang
bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh
menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik
serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang
anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang
membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa
keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya,
bukan “duitnya”.
4. Cinta. Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal
ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta
berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan
kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin
kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.
5. Persahabatan Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan
dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan
tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan
menjadi teman dalam suka dan duka.
6. Kesihatan Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan
membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu
sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .
7. Kejayaan Beberapa
orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah
pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang
tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan
duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih
banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.
8. Bakat Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit,
yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik.
Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan
bakat semulajadi.
9. Sikap yang baik Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya
kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur
katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit
yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.
10. Kedamaian Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali
kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya,
duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.
http://www.vansewashahalam.com/
http://www.vansewashahalam.com/
0 Comments