NASI KERABU SPECIAL

Nasi
* 3 cawan beras
* 4 cawan air
* 1 batang serai dketuk
* 2-3 daun limau purut
* sedikit pewarna biru
Beras dbersihkan dan dimasak seperti biasa bersama2 serai,daun limau purut dan pewarna biru.
Sambal Kelapa/Ikan
* 1/2 biji kelapa parut – ditumbuk sedikit (guna kelapa kering)
* 2-3 ikan kembung – dipanggang
* 4 ulas bawang merah
* 1.5cm halia
* 1 batang serai – hiris
* 1 sudu kecil lada hitam
* garam dan gula secukup rasa
tumbuk bawang merah,halia,serai dan lada hitam.kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk sampai lumat.
kemudian campurkan ngan kelapa parut dan disangai guna api yg kecil sehingga agak kering dan berderai.
Kuah Sambal
* 5 batang cili kering
* 5 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 2 inci belacan- bakar dulu
* 1.5 inci halia
* 1 batang serai – titik
* gula merah n serbuk perasa jika suka
* 2 cawan santan
* asam keping
* garam
tumbuk bahan yg bertanda *.
didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat.
masukkan bahan tumbuk, serai, gula merah dan asam keping.
didihkan hingga kuah agak2 pekat n kering.
rasa dan angkat.
 Solok Lada
* 10 biji lada hijau – potong jgn putus dan buang biji
* 1/2 biji kelapa parut putih
* 4 ulas bawang merah
* 1.5 cm halia
* lada itam skit
* 2-3 ekor ikan kembung – ambil isi sahaja
* sedikit garam,gula dan perasa
Tumbuk bawang,lada itam dan halia hingga lumat dan masukkan garam,gula dan isi ikan.
campurkan ngan kelapa parut dan sebatikan.
sumbatkan ke dalam lada hijau. susun ke dalam periuk kukus.
kukus hingga masak.
Daging Panggang – bleh buat juga ikan goreng tepung, ayam panggang jika suka 
* daging lembu gred A @ daging btg pinang
* garam
* lada hitam
gaulkan daging dengan garam n lada hitam
panggang ngan suhu 200 selama 45minit atau hingga daging masak.
Ulam-ulaman & bhn lain
* budu yang diperah limau and dicampur hirisan cili
* kacang panjang
* taugeh
* timun
* daun kesum
* kubis
* bwg jeruk
* telur masin
* keropok ikan
* sambal belacan
http://www.vansewashahalam.com/









Post a Comment

0 Comments