November 2015 ~ Yatibiz Official Blog Site

Assalamualaikum wbt. dan selamat datang! Kelebihan membeli secara online adalah menjimatkan masa, kos, duit minyak kenderaan, dan kos parking kenderaan anda. Mengelakkan daripada kesesakan lalu lintas dan lain-lain kos lagi yang terpaksa anda keluarkan. Jika anda membeli secara online anda hanya mengeluarkan kos barang yang anda inginkan dan kos penghantaran pos sahaja. Kemudian anda hanya perlu menunggu barang yang anda order itu sampai di depan pintu rumah anda. Jadilah pengguna yang bijak dan berilmu tentang hak pengguna untuk mengurangkan kos perbelanjaan anda.

Senarai Produk Yatibiz

DAGING MASAK HITAM KEGEMARAN


Bahan-bahan:-
1/2 kg daging - dipotong nipis
4 sb minyak masak
5 sb kicap pekat
Gula pasir/Gula melaka secukup rasa
1/2 cawan asam jawa
Bawang besar mayang - hiasan

Bahan kisar :-
1 sb serbuk jintan manis
1 sk serbuk jintan putih
10 tangkai cili kering
3 inci halia
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

CARA-CARA
Panaskan minyak dan tumiskan bhn kisar hinga wangi. Kemudian masukkan daging . Biarkan masak sehingga daging lembut, masukkan kicap. masak sehingga pecah minyak.
Akhir sekali masukkan air asam jawa dan gula serta garam secukup rasa.

Selamat mencuba!