BISKUT CORNFLAKES MADU SEDAP, RANGGUP, MUDAH TAK PERLU OVEN ~ Yatibiz Official Blog Site

Assalamualaikum wbt. dan selamat datang! Kelebihan membeli secara online adalah menjimatkan masa, kos, duit minyak kenderaan, dan kos parking kenderaan anda. Mengelakkan daripada kesesakan lalu lintas dan lain-lain kos lagi yang terpaksa anda keluarkan. Jika anda membeli secara online anda hanya mengeluarkan kos barang yang anda inginkan dan kos penghantaran pos sahaja. Kemudian anda hanya perlu menunggu barang yang anda order itu sampai di depan pintu rumah anda. Jadilah pengguna yang bijak dan berilmu tentang hak pengguna untuk mengurangkan kos perbelanjaan anda.

Senarai Produk Yatibiz

BISKUT CORNFLAKES MADU SEDAP, RANGGUP, MUDAH TAK PERLU OVEN

Bahan-bahan :-

1 kotak cornflakes 
4 sudu butter
4 sudu besar gula
2 sudu besar madu
1 sudu esen vanilla
Paper cups
Manik warna-warni atau chocolate rise warna warni
Badan hancur (utk lebih lemak - tak letak pun takpe)


Cara-cara :-
1) Panaskan butter dan gula di dalam kuali sehingga cair dan sebati.
2) Masukkan cornflakes (blh hancurkan sikit) dalam kuali dan kacau sehingga sekata.
3) Masukkan esen vanila dan madu.
4) Setelah sekata masukkan cornflakes ke dalam paper cup dan tabur manik ke atasnya.
 
Ok..siap....tak perlu bakar dlm oven pun takpe dah blh terus makan..
Jika nak pun blh bakar selama 2-4 min pada suhu 150C 

Note : pastikan api kecil dan perlahan (elakkan dari hangus)

Selamat mencuba!

7 comments:

  1. mmg simple dan sedap..SB ada buat sekali tapi versi pedas sbb letak sos cili

    ReplyDelete
  2. Apa beza bakar dengan tak bakar ya?

    ReplyDelete
  3. Kalau x bakar ,tahan lame x rangup dye tuh?

    ReplyDelete
  4. yg ni untuk berape banyak ye?

    ReplyDelete
  5. Kalau x bakar dia tahan lama ranggup ke?

    ReplyDelete