2013 ~ Yatibiz Official Blog Site

Assalamualaikum wbt. dan selamat datang! Kelebihan membeli secara online adalah menjimatkan masa, kos, duit minyak kenderaan, dan kos parking kenderaan anda. Mengelakkan daripada kesesakan lalu lintas dan lain-lain kos lagi yang terpaksa anda keluarkan. Jika anda membeli secara online anda hanya mengeluarkan kos barang yang anda inginkan dan kos penghantaran pos sahaja. Kemudian anda hanya perlu menunggu barang yang anda order itu sampai di depan pintu rumah anda. Jadilah pengguna yang bijak dan berilmu tentang hak pengguna untuk mengurangkan kos perbelanjaan anda.

Senarai Produk Yatibiz

Panty Kempiskan Perut (High Waist Slimming Panty)

Salam pengunjung yatibiz, orang kata belum cuba, belum tahu....dah cuba baru tahu kan......bagi wanita yg mengalami masalah seperti gambar dibawah.. saya syorkan mendapatkannya segera slimming panty ini.
Jangan risau kain kasar atau panas..Ianya lembut dan selesa. 




RM10.00/pc
Min order  online 2pcs (postage fee rm6)
buy 5pcs free postage

Panty Kempiskan Perut Buncit *High Waist Slimming Panty*
Ia sangat berkesan utk menghilangkan benjolan lemak serta selulit pd bahagian pinggang & pinggul.

Ciri-ciri & Spesifikasi:

FREE SAIZ dengan
stretchable untuk saiz pinggang 64cm ke 85cm
Badan Size S-XXL can wear. 

Color: Purple, light purple,rose,black,red,red burgundy,violet,skin,pink,cream


Sangat stretchable dan Selesa

Diperbuat daripada kapas 90% dan 10% spandex.

Amat sesuai digunakan oleh wanita yang baru sahaja melahirkan anak 1 hingga 2 bulan.

- Membantu merampingkan pinggang dan perut (Flatten tummy)

- Mengangkat dan membantu memejalkan punggung (Firm and lift butt
- Menggalakkan pembakaran lemak dan kalori terutama ketika bersenam
- Sesuai dipakai sepanjang hari walaupun ketika tidur
- Sangat selesa dipakai, terasa nyaman dan tidak mengganggu aktiviti harian

** recommand for Hand Wash


InsyaALLAH pemakaian secara konsisten akan membantu anda menghilangkan masalah perut buncit (Clothes will fit better and look better)


BERMINAT?  HUBUNGI Pn Yati 012-9326011

STOKIN MUSLIMAH DAN STOKIN WUDHU

Assalamualaikum.......
Kongsi pengalaman memakai stokin muslimah dan stokin wudhu, sebelum ni beli kat  supermarket je, tapi bila dapt tahu stokin dari SYRIA lebih berkualiti terus tukar ke stokin ni.
Stokin muslimah ade 3 color pilihan , tebal dan tidak mudah koyak, sangat selesa jika memakainya.

Amat sesuai untuk remaja perempuan yang bersekolah sebab ia tahan lasak, tak mudah koyak kerana kekerapan memakainya dan tak perlu keluar beli berulang kali.

Color Pilihan Stokin:
1) Hitam
2) Coklat
3) Putih








Kini keluaran Syria sudah tiada, sila hubungi saya untuk pertanyaan stok yang ada. Saya telah menggantikan Stokin SANDY dari Mesir yang mana kualitinya juga terbaik.
Stokin Sandy RM8.00/sepasang













Stokin Wudhu RM10.00/Sepasang

STOKIN WUDHU SOKA memudahkan anda untuk beribadah, Sesuai digunakan di Masjid atau digunakan oleh jemaah umrah. Juga sesuai digunakan untuk mereka yang berpantang.

-Tebal dan selesa 

-Stokin yang fleksibel dipakai
-Tidak perlu ditanggal bila berwuduk hanya perlu membuka dari hjg jari kaki anda
-Memudahkan ibadah anda
-Boleh dijadikan kelengkapan ibadah umrah & haji



Bagi saya stokin ini wajib ada setiap muslimah kerana sebelum ini setiap kali mengambil wudhu saya terpaksa menanggalkan stokin dan menyimpan didalam beg tangan/galas terlebih dulu...dengan adanya stokin wudhu jenama Soka kini saya tidak membuang masa , hanya menarik stokin dari hjg jari kaki dan terus mengambil wudhu seperti biasa.

Adamayraa homestay

Adamayraa homestay Tanah Merah Kelantan

Assalamualaikum….

Belum terlewat rasanya , saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat bercuti kepada semua.

Adamayraa homestay adalah rumah baru mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air, mempunyai dapur yg luas dan selesa, terletak di tengah2 Bandar Baru Tanah Merah.

Sesiapa yang mengalami masalah tempat tinggal  atau persingahan dan inginkan rumah yg selesa dan bersih , bagi saya  Adamayraa homestay adalah yang terbaik.

Sekiranya berminat  boleh lah hubungi 019-3718293 (Ms Nur Hamizah) atau 010-8449269 (Mr. Zaidi)

Antara tempat menarik untuk membeli belah berdekatan dengan negara Thailand

20 minit Ke Bukit Bunga
20 minit  ke Rantau Panjang
45 minit  ke Kota Bharu
60 minit  ke Pantai Sri Tujuh or Pantai PCB




KISMIS MINDA MENGUATKAN DAYA INGATAN SESEORANG


InsyaAllah boleh membantu meningkatkan kecerdasan minda yang lemah dan pelupa. Digalakkan untuk mereka yang menghafal Al-Quran dan untuk pencapaian cemerlang dalam pelajaran.


*KHASIAT DAN FAEDAH*
1) Kecergasan berfikir
2) Ketajaman minda
3) Menghilangkan Penyakit Lupa
4) Menguatkan daya ingatan
5) Mencerdaskan minda
6) Membersihkan hati
7) Mencerahkan mata
8 ) Menghilangkan balgham (kahak)
9) Menguatkan hati dan limpa serta perut
10) Bagus untuk ibu hamil dan menyusukan anak
11) Membantu menguatkan daya ketahanan badan
12) Kaya dengan vitamin A, B dan C
13) Membantu merawat sembelit
14) Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yg menyebabkan pereputan gigi
15) Menjadi seorang yang rajin mengerjakan solat dan amal soleh
16) Menjadi seorang itu jujur, amanah dan bertanggungjawab pada diri sendiri
17) Menjadi seorang yang tenang menghadapi peperiksaan
18) Sikap yang suka melawan ibu/bapa berubah menjadi taat dan hormat
ibu/bapa dan sebagainya

“sesiapa yang ingin menghafal Hadith hendaklah ia kerap memakan anggur kering”
-Imam Zuhdi.
Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa”.
Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan. Penggunaan kismis (vitis vinifera) dalam pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namanya juga berbeza di antara pelbagai budaya dan bahasa. Ia boleh dimakan mentah mahupun digunakan dalam masakan dan pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya.
Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune dan aprikot.
Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.
Nama-nama bagi kismis:
Inggeris –> Grape seed / Raisin
Arab –> Zabib
Melayu –> Kismis
Saintifik/latin –> Vitis vinifera

Keajaiban khasiat kismis

Apabila ditanya apakah snek makanan ringan untuk kanak-kanak, jawapan yang biasa diterima adalah makanan seperti keropok, ais krim, gula-gula, lolipop, kerepek ubi kentang dan jeruk.
Walaupun sedar pelbagai kesan sampingan yang negatif terkandung dalam makanan ringan tersebut terutama penggunaan monosodium glutamate (MSG), gula dan pengawet yang tinggi, masih ramai ibu bapa tetap mengamalkan diet makanan ini.
Apa kata mulai hari ini, anda cuba ubah persepsi terhadap snek makanan iaitu menggantikannya dengan bahan makanan yang lebih berkhasiat.
Kismis adalah salah satu alternatif bahan makanan yang wajar dijadikan snek makanan kepada anak-anak. Justeru, anda perlu mengubah persepsi bahawa kismis hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan, majlis keramaian tertentu atau dimasukkan ke dalam roti atau kek.
Menurut Pakar Pembangunan Kanak-Kanak di sebuah hospital tempatan, Ruth Liew, ramai yang semakin lupa bahawa, kismis mempunyai kandungan gula daripada buah yang asli. Ia mampu memberi tenaga yang konsisten kepada kanak-kanak.
“Memang gula-gula mampu memberi tenaga yang lebih, tetapi ia akan menyebabkan kanak-kanak menjadi hiper dan menjadi lemah apabila kandungan gula itu mula merosot.
“Berlainan dengan kismis, dengan kismis, kanak-kanak akan dapat tenaga yang seimbang dan menyihatkan badan.
“Ia juga makanan ringan yang lebih baik daripada gula-gula. Gula-gula boleh meninggalkan kesan kerosakan pada gigi kanak-kanak dan tenaga yang diperoleh juga tidak sekata,” jelas Ruth pada satu sesi penerangan tentang kebaikan kismis kepada media di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Katanya, kanak-kanak masa kini tidak lagi gemar dengan makanan yang terlalu pelbagai, sebaliknya mereka lebih gemar makanan yang lebih santai. Oleh kerana itu, ibu bapa perlu menjadikan kismis sebagai snek makanan ringan untuk anak-anak yang masih bersekolah.
Tambah Ruth, untuk menjadikan kismis sebagai snek ringan kepada anak-anak, ibu bapa perlu memainkan peranan.
Bagi kanak-kanak atau golongan remaja yang sudah biasa atau gemar menikmati kismis begitu sahaja, ia bukan satu masalah lagi kepada ibu bapa.
“Bila mereka tengok TV, jangan bagi mereka kuaci atau keropok sebaliknya beri mereka kismis. Bekalkan juga kismis ketika ke sekolah,” katanya.
Namun, jika ada yang tidak gemar menikmati kismis dalam bentuk mentah, ia boleh dicampur dalam pelbagai hidangan lain dengan cara mempelbagaikan makanan yang dicampur dengan kismis dalam hidangan waktu pagi, petang dan malam.
“Mereka mungkin tidak akan memilih kismis, tetapi ibu bapa perlu tahu khasiatnya. Terus beri galakan kepada anak-anak dengan mempelbagaikan masakan.
“Anda boleh campur kismis ke dalam bubur, sup, atau sayur-sayuran yang biasa dimakan anak-anak,” kata Ruth yang mengakui ia juga boleh diamalkan dalam diet orang dewasa.
Ruth yang menerima reaksi daripada ibu bapa yang memberi kismis kepada anak-anak juga memberitahu, hasil yang diperoleh amat positif.
Ada ibu bapa mula mempelbagaikan cara pemakanan dan ada juga yang memberi kismis seperti memakan vitamin setiap hari.
“Malah, ada juga anak-anak yang gembira dengan amalan makanan anggur kering itu,” jelas Ruth yang turut mengamalkan memakan kismis sejak kecil lagi.
Dalam Islam, kismis sudah lama disaran untuk pemakanan kanak-kanak kerana ia adalah makanan tambahan yang mampu merangsang minda dalam melahirkan generasi genius.
Menyedari kebaikan kismis dan kemampuannya menjadi snek dalam makanan kanak-kanak, masyarakat Barat turut mula mengambilnya dalam diet mereka.
Penelitian Christine D.Wu dari Universiti Illinois, Chicago, Amerika Syarikat mendapati kismis mengandungi antioksidan yang dapat melawan bakteria penyebab kerosakan gigi dan gusi.
Antara antioksidan itu adalah asid oleanolic, oleanolic aldehyde, betulin, asid betulin dan 5-(hydroxymethyl)-2-furfural.
PENCUCI mulut daripada kismis.
Asid oleanolic mampu menghambat pertumbuhan dua spesies bakteria penghuni mulut iaitu streptoccus mutan, penyebab plak dan kerosakan gigi serta porphyromonas gingivalis, penyebab penyakit periodontal.
Sementara itu, pakar pemakanan dari sebuah hospital swasta, Tan Yen Sing, berkata, kajian juga mendapati kismis yang kaya dengan potassium dan rendah dalam sodium membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.
“Malah, khasiat daripada kismis juga boleh mengurangkan risiko strok dan melemahkan perkembangan penyakit-penyakit organ dalam badan.
Selain itu juga, kismis mengandungi fiber dan asid tartaric. Ia juga baik untuk kesihatan tulang dalam badan anda.
Katanya, kismis mempunyai banyak khasiat pemakanan, serat, antioksidan, vitamin dan kalium yang merupakan nutrien penting untuk badan.
“Saya menafikan memakan kismis akan membuatkan anda gemuk. Ia adalah mitos. Ini kerana, manis yang ada pada kismis adalah manis buah-buahan yang asli.
“Ia juga mudah untuk dibawa dan boleh dipelbagaikan dalam masakan seisi keluarga,” ujar Tan Yen Sing.

Buah Anggur

Khasiat buah-buahan mengandungi serat, air dan nutrisi yang tinggi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang. Tidak hairanlah mengapa pakar pemakanan mengunjurkan amalan memakan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian.
Bagaimanapun dalam pilihan pelbagai jenis buah, ada beberapa jenis yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan iaitu grapefruit atau limau gedang, oren, epal, beri, tembikai dan anggur. Oleh itu, anggur juga mempunyai serat, air dan nutrisi yang dapat menurunkan berat badan seseorang.
Selain itu, khasiat buah anggur juga dapat mencegah kerosakan mata. Di dalam buah anggur juga banyak mengandungi lutein dan zeaxanthine, kedua kandungan zat ini dapat mengurangi risiko kerosakan penglihatan. Lutein, merupakan salah satu jenis karotenoid. Tambahan lagi, lutein juga mempunyai kesan antioksida. Dalam satu penyelidikan, didapati bahawa lensa mata manusia mengandungi sedikit lutein dan zeaxanthine.
Oleh sebab inilah, kita perlu memakan (buah-buahan) yang banyak mengandungi lutein khususnya pada buah anggur. Tujuannya adalah untuk menjaga metabolis dalam lensa mata, sehingga tetap jernih.
Khasiat buah anggur juga dapat membantu mencegah sakit hati (hepar), buah anggur yang difermentasi daripada kulitnya, dengan kandungan polyphenol-nya memiliki khasiat menangkal segala penyakit yang berhubungan dengan hati (hepar) manusia.
Antara lainnya, khasiat anggur dapat mencegah daripada penyakit strok, jantung, dan kanser. Menurut penelitian Reuter Health (Kaltim Post, 30-8-2001), bahawa wanita muda yang mengkonsumsi anggur merah 1 hingga 2 gelas sehari kurang berisiko untuk mendapat serangan Ischemic stroke (strok yang disebabkan oleh tersumbatnya saluran darah sehingga oksigen tidak dapat sampai ke otak). Di dalam buah anggur terdapat khasiat flavonoids zat antioksida dan yang berfungsi melindungi tubuh daripada penyakit jantung dan kanser.
Nabi Muhammad SAW bersbda: “Barang siapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.
“Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.
Imam Ali berkata: “ Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.
“Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilang panas dan memulihkan kesihatan jiwa”.
Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapt menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa”.
BERMINAT BOLEH HUBUNGI PN YATI 012-9326011, RM5/PACKET (200G) 
HARGA TIDAK TERMASUK PENGHANTARAN MELALUI POSLAJU

DIPEK DALAM ALUMINIUM FOIL MEMBUATKAN IA LEBIH KEKAL SEGAR


Penawar GOUT orang asli


Penawar Gout Orang Asli

Apakah Penyakit Gout?

Untuk pengetahuan anda, penyakit gout adalah merupakan penyakit yang biasanya dihidapi oleh lelaki. Macamanapun, perempuan yang sudah melalui putus haid ataupun menopause juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit Gout ini walaupun risiko tersebut  tidaklah sebesar kaum lelaki.
            
Apakah faktor yang menyebabkan gout 

Penyakit Gout biasanya berlaku akibat daripada dua faktor iaitu asid urik berlebihan dalam badan dan kedua asid urik yang tidak dibuang secara berkesan dalam badan.Asid urik yang berlebihan akan menyebabkan ia membentuk jarum-jarum kristal pada sendi sendi dan sakit serta ia mungkin juga akan terbentuk pada tempat lain. Akhirnya juga mungkin boleh menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.

Faktor Utama yang menyebabkan gout : 
1.    Asid uric berlebihan dalam badan 
2.    Asid urik tidak dibuang dengan berkesan dalam badan.

Penawar sejenis bunga ini mampu mengatasi masalah gout dengan fokus kepada dua faktor di atas dengan : 
1.    Mengeluarkan asid urik berlebihan dari badan melalui air kencing
2.    Membanyakkan pengeluaran air kencing untuk mempercepatkan proses pengeluaranasid urik

Tanda-tanda penyakit gout menyerang
1.    Sakit sendi yang datang secara tiba-tiba terutamanya pada bahagian ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki. 
2.    Sendi membengkak, kaku serta menjadi panas dan merah secara serta merta bila disentuh dan menyebabkan pesakit menjadi demam.
3.    Benjolan akan timbul dekat sendi serta cuping telinga yang disebabkan oleh timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur.


Faktor risiko untuk mendapat penyakit gout
•    Jantina - Secara umumnya, lelaki lebih berisiko mendapat Gout pada kadar 90 peratus kes yang dilaporkan.

•    Gaya hidup - Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.

•    Obesiti - Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.

•    Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan Individu yang menjalani pembedahan mendapat sakit tenat secara tiba-tiba dan terlantar lama juga boleh mengalami peningkatan asid urik dalam badannya. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.

•    Genetik - Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah Gout.

•    Umur -  Gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula Selepas umur putus haid.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar! Dengan izin Allah swt. Kami telah temui satu penawar hebat penyembuh masalah gout. Penawar ini kami perolehi daripada penduduk orang-orang Asli di Gua Musang, Kelantan. Ia merupakan penawar yang sangat berkesan diambil daripada sejenis bunga yang berada di tengah-tengah hutan tebal.

Allhamdulillah bunga-bunga ini telahpun kami proses dalam bentuk kapsul dan diisikan dalam botol kaca yang gelap bagi mengelak ianya rosak akibat terkena cahaya matahari.
Lihat Gambar Botol & Kapsul Penawar Gout ini
Sila dapatkan segera ubat ini. Samalah juga dengan perkataan-perkataan saya sebelum ini, saya tidak mampu untuk meyakinkan anda dengan ayat-ayat yang hanya manis di bibir tentang keberkesanan ubat ini. Ia hanyalah ubat tradisional kampung yang sudah digunakan dan diakui oleh doktor-doktor di klinik sendiri. Cukuplah dengan beribu-beribu pelanggan seperti penawar resdung dan buasir kami yang memberi respon positif.

Jika berminat boleh hubungi Pn. Yati sekarang di talian 012-9326011

Antara testimoni yang terkumpul :-







PESANAN BUAT SUAMI KAT DUNIA NI....





Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

 Orang perempuan PLS SHAREEEEEE...






HARGA TERKINI COLLAGEN PRODUK KECANTIKAN FAMOUS DIKALANGAN WANITA

Assalamualaikum semua pengunjung yatibiz online...kepada wanita yang ingin sentiasa kelihatan muda,cantik dipandang dan sedap mata memandang boleh lah cuba produk collagen set ni..produk ni adalah terhangat masa kini  di online. PASTIKAN YG ORI SEBELUM BELI

.
COLLAGEN SET (RM20)
POSLAJU RM8 (Semenanjung), RM12 (Sabah&Sarawak)
1 set Collagen + Vitamin E
1. COLLAGEN PLUS VIT E WHITENING BEAUTY DAY CREAM ( krim siang-yellow)
2. COLLAGEN PLUS VIT E WHITENING BEAUTY NITE CREAM ( krim malam) 
- kaya dengan ekstrak lilin lebah yg sgt efektif bg merawat parut pada kulit
- memperbaiki kulit yg kasar dan kendur
- menguatkan kekenyalan serat pada kulit
- menggalakkan metabolisme melanin untuk memutihkan kulit

3. COLLAGEN PLUS VIT E WHITENING BEAUTY SOAP
- ekstrak minyak zaitun yg kaya dgn vitamin E 
- membersih dan mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit tanpa menyebabkan kekeringan

** Hanya sapu nipis, tak perlu risau stok kita akan cepat habis...nasihat saya kena la rajin cuci muka and sapu krim pd waktu mlm sebelum tido, klu waktu pagi tak pernah miss coz dah waktu nak gi keje kan...

FUNGSI:

- Memutihkan dan melembapkan wajah
- Menghilangkan bintik-bintik hitam, jerawat dan bekas jerawat di wajah
- Mengecilkan pori-pori
- Menganjalkan kulit wajah
- Membuat wajah putih dan berseri
- Menghapuskan kulit kusam  
















CARA PEMAKAIAN:
- Krim Siang (Kuning) Vit. E - dipakai siang hari dengan cara menyapu rata secara NIPIS di serata wajah
- Krim malam (putih) untuk dipakai waktu malam selepas membasuh kulit dengan cara menyapu rata secara NIPIS ke serata kulit wajah.
- Dapat digunakan sebagai alas bedak / pelindung dari sinar matahari.
- Wajah akan kelihatan bersih dan putih dalam masa secepat 1 minggu.


 Ia terbukti kesannya. Saya sendiri terpanggil mencuba produk ni setelah melihat kawan  yang telah memakainya selama 1 minggu sudah kelihatan kesannya..mukanya kelihatan lebih bersih dan lebih cerah..memang terkejut dan tertanya2 mulanya...maklumlah kulit saya dan kulit dia lebih kurang sama je colour..itu yang jeolous tu...(semua wanita nalurinya semulajadi mmg mcm ni.kan..hehe...)

Ingin tampil dengan wajah kelihatan jelita dan menarik perhatian , bolehlah order sekarang sementara stock masih ada. Sesuai untuk semua jenis kulit!

SELAMAT, TIADA BAHAN TERLARANG DAN JIMAT!

NOTE : HATI-HATI DGN TIRUAN 
1) Krim siang kelihatan berminyak berbanding yg original tidak berminyak. 
2)Krim malam warna gelap berbanding original lebih cerah.
3) Penutup warna cair berbanding original pink terang
4) Packaging tak banyak beza tapi isi dalam berbeza.

PROMOSI TERKINI

1 set = RM20
2 set @ above = RM18 per set
10 set & above = RM15 per set
20 set & above = RM14.50 per set
30 set & above = RM14.00 per set
40 set & above = RM13.50 per set
50 set & above = RM13.00 per set
60 set & above = RM12 per set
100 set & above = RM11.00 per set

**TIDAK TERMASUK POSTAGE**

Antara testimoni yang terkumpul :-





Boleh hubungi Pn Yati atau sms 012-9326011
Bagi yang berada di kawasan seksyen 18 Shah Alam boleh lah sendiri datang ke rumah.

Sharing is Caring



Pilihlah gaya hidup sihat dan pemakanan yg betul


Penyakit berbahaya meningkat seiring gaya hidup dan kemajuan


KUALA LUMPUR, 20 Jan – Peningkatan taraf hidup seiring dengan modenisasi mengubah gaya hidup rakyat Malaysia mungkin menjadi punca kepada peningkatan penyakit gaya hidup, menurut doktor.
Empat orang pakar perubatan ditemuramah The Malaysian Insiderberkata penyakit gaya hidup seperti kegemukkan, kencing manis, penyakit jantung dan sesetengah barah di Malaysia sebelum ini hanya dikaitkan dengan negara-negara maju di Barat.
“Dalam status negara yang bergerak dari sebuah negara membangun menuju ke negara maju, kita melihat penyakit di negara ini sudah mula mengalami simptom-simptom penyakit yang sama seperti di Barat. Dan kita sudah mula melihat semua itu,” kata Dr Wendy Lim, pakar gastroenterologis dan ahli fizik.
Statistik yang dikeluarkan dalam Kajian Kesihatan dan Kematian pada 2011 menunjukkan satu per tiga rakyat Malaysia gemuk atau mempunyai berat badan yang lebih, satu dari tiga mengalami kolestrol yang sangat tinggi, dan satu dari lima mengalami penyakit kencing manis.
“Empat dari 10 rakyat Malaysia berusia 30 tahun ke atas mengalami tekanan darah tinggi. Ini sangat menakutkan, lebih teruk dari negara maju,” kata Dr Yap Yee Guan, pakar kardiologis.
“Rakyat Malaysia mendapat penyakit jantung 10 tahun lebih awal dari negara-negara maju,” kata Dr Yap lagi.
Menurut perunding kardiologis itu, sementara kes penyakit konorari arteri di Barat tidak mengalami perubahan, Malaysia pula semakin meningkat dan mengatasi negara-negara lain dalam penyakit kencing manis dan kegemukkan.
Khamis lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengatakan Malaysia adalah negara tergemuk di Asia Tenggara, dan keenam di belakang beberapa negara di Asia Barat.
Perunding endokrinologis dan perubatan dalaman Dr Norshinah Kamarudin bersetuju dengan pandangan rakan-rakannya dengan managatakan, peningkatan penyakit kegemukkan di kalangan kanak-kanak semakin membimbangkan, seperti semakin ramai mengalami penyakit kencing manis, terutamanya yang menderita dari jenis “Type 2”.
Tidak seperti “Type 1” dimana badan gagal untuk menghasilkan insulin dari muda, pesakit diabetis “Type 2” pula tidak tahan dengan insulin dan sering menyerang usia dewasa, dimana 90 peratus pesakit kencing manis dari “Type 2”.
“Pada tahap 15 hingga 20 peratus, Malaysia boleh dianggap sangat tinggi dari segi penyakit kencing manis, negara lain cuma lingkungan lapan hingga 10 peratus. Lima tahun lalu kita cuma 8.3 peratus. Sekarang sudah meningkat hampir dua kali ganda dan ianya membimbangkan,” kata Dr Norshinah.

Dr Muhammad Azrif Annuar, pakar onkologis pula berkata, negara kini sedang mengalami transisi dari sebuah negara membangun menjadi negara maju, jadi semakin berkurangan penyakit dari negara membangun, Malaysia mengalami peningkatan penyakit dari negara maju.
“Kita lihat penyakit-penyakit dari negara membangun seperti barah hati, perut dan rahim semakin berkurangan, tetapi dalam masa sama semakin banyak penyakit yang sama seperti di negara maju,” kata Dr Muhammad Azrif lagi.
Dr Azrif berkata, pada masa kini peningkatan “penyakit negara maju” seperti barah: payudara, kolorektal (usus) dan paru-paru, yang semakin meningkat berbanding 10 hingga 20 tahun lalu.
Walau bagaimanapun, Dr Azrif mengatakan teknologi yang ada pada hari ini sebenarnya memanjangkan lagi purata hayat rakyat Malaysia, di samping penyakit testikular dikatakan semakin menyerang golongan muda di Malaysia.
Doktor mengatakan gaya hidup serta kerjaya kebanyakan rakyat Malaysia yang tidak banyak menggunakan pergerakan fizikal menjadi punca peningkatan penyakit ini.
“Dalam kekurangan pergerakan dan aktiviti, dunia kini semakin bergantung kepada teknologi,” kata Dr Norshinah.
Dr Lim bersetuju dengannya mendakwa rakyat Malaysia, terutamanya kanak-kanak kini lebih banyak menghabiskan masa di hadapan komputer dari bersukan atau melakukan kegiatan luar.
Dr Azrif mempunyai pandangan yang berbeza, dengan mengatakan teknologi menyebabkan jangka hayat negara ini semakin meningkat, memandangkan pada peningkatan dari segi teknologi kesihatan dan makanan.
“Di negara maju, rakyatnya hidup lebih lama. Penyakit jantung, barah kebanyakannya menyerang golongan tua.
“Barah adalah seperti tuberculosis 100 tahun yang lalu, tiada siapa yang tahu untuk merawatnya, tetapi penyakit itu kini sudah boleh dirawat,” kata Dr Azrif.
Selain itu, tabiat pemakanan serta rakyat Malaysia yang tidak makan mengikut waktu membimbangkan para doktor.
Dr Norshinah berkata budaya makan lewat malam seperti restoran 24 jam tidak ada di negara-negara di Eropah, dan ia menggalakkan orang ramai untuk makan dengan tidak teratur.
Beliau membandingkan dengan Perancis dan Australia, di mana restoran akan ditutup apabila bukan waktu makan, dan permakanan secara perlahan digalakkan.
Dr Yap pula menyamakan penduduk Asia Tenggara seperti di kepulauan Pasifik, yang mengalami kegemukkan serius selepas budaya memakan makanan dari Barat menular di sana.
“Secara genetik badan orang-orang kita tidak mampu menanggung kadar lemak tinggi, di Malaysia, kita suka makanan berminyak, makanan manis, roti canai, nasi lemak, bak kut teh, tapi kita semua memang suka makanan yang lazat seperti itu,” kata Dr Yap sambil menambah minyak kacang, santan dan minyak kelapa sawit adalah lemak tepu.
Dr Lim pula berkata, kanak-kanak tidak diberi didikan tentang makanan berkhasiat sebagai perbandingan dengan makanan segera.
Para doktor meramalkan Malaysia memerlukan satu lagi generasi untuk perubahan dan masih lagi yakin perubahan dapat berlaku.
Bagaimanapun, para doktor mengatakan ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam menyusun pemakanan anak-anak, di samping kempen kesedaran yang perlu dilakukan oleh Kementerian Kesihatan.
“Saya berharap kita akan ada pendidikan di sekolah, kerajaan perlu membelanjakan wang untuk menangani masalah ini,” kata Dr Lim.