July 2012 ~ Yatibiz Official Blog Site

Assalamualaikum wbt. dan selamat datang! Kelebihan membeli secara online adalah menjimatkan masa, kos, duit minyak kenderaan, dan kos parking kenderaan anda. Mengelakkan daripada kesesakan lalu lintas dan lain-lain kos lagi yang terpaksa anda keluarkan. Jika anda membeli secara online anda hanya mengeluarkan kos barang yang anda inginkan dan kos penghantaran pos sahaja. Kemudian anda hanya perlu menunggu barang yang anda order itu sampai di depan pintu rumah anda. Jadilah pengguna yang bijak dan berilmu tentang hak pengguna untuk mengurangkan kos perbelanjaan anda.

Senarai Produk Yatibiz

SALAM RAMADHAN ..ia datang lagi..




Tanpa Disedari
11 bulan
banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan
tak semua menyejukkan,

11 bulan

banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan
tak semua menyenangkan,

11 bulan
banyak keluhan, kebencian dan kemarahan

saatnya istirahat dalam "perjalanan dunia"
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya
saatnya memahami makna pensucian diri

Selamat menunaikan Ibadah Puasa
bersama kita leburkan kekhilafan,

Semoga dengan puasa mempertemukan kita
dengan Keagungan Lailatul Qadar
dan kita semua menjadi pilihanNya
untuk dikabulkan do'a - do'a
dan kembali menjadi fitrah



ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui 
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA



Wahai tuhan ku tak layak ke syurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....

andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya


Bagi mengulangkaji, Niat puasa sebulan dulu selepas isyak (1kali sahaja) dan niat puasa harian (tiap-tiap malam).

LAFAZ NIAT PUASA


nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis

sanati lillahi ta’aalaa

Sahaja aku berpuasa esok hari dalam bulan  ramadhan fardhu atas aku kerana Allah Taala

LAFAZ NIAT PUASA UNTUK SEBULAN


nawaitu souma syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta'aalaa
Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini

kerana Allah Taala


DOA BERBUKA PUASA

allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu

birahmatika ya arhamarrohimin

                          Selamat Menyambut RAMADHAN AL-MUBARAK  

SATE DAGING GORENG PILIHAN YATI


Bahan-bahan :- 

1/2 kg daging batang pinang di potong ikut suka
3 batang serai, racik 
1 inci halia, hiris 
1 inci lengkuas, hiris 
1 biji bawang besar 
3 ulas bawang putih 
1 sudubesar ketumbar 
1 sudubesar jintan manis 

Bahan diatas diblend halus, ditambah :
serbuk kunyit secukup kuning
sedikit garam
gula secukup manis
sedikit air 
& perap bersama daging lebih kurang 1jam atau 2jam.


minyak masak 1/2 cawan 

Bahan yang di blend, boleh buat banyak2 dan simpan untuk guna kemudian kalau ada lebih. 

Masukkan daging yang dah diperap ke dalam kuali. Goreng hingga airnya kering. 
Masukkan minyak dan goreng lagi. Hidang. 


Dulu ingat sate cucuk yang dijual kat luar je, tapi bila tahu resepi sate goreng ni...mesti nak cuba bila bulan puasa nanti..insyaallah.
Biasanya kalau emak mertua masak sate goreng ni tak pernah ade balance, mesti habis, kadang2 tak cukup, emak siap simpan atau asingkan pada mereka yang tak sempat makan hehe...maknanya semua ahli keluarga dapat merasa la...memang sedap jika makan ngan nasi impit, kuah kacang, ketupat atau nasi putih yang baru masak...



Yang sentiasa kita mahu.....

Perkara yang anda tergila-gilakan..........

 
              خمسة   أشياء   كلنا   نريدها   و   نحاول   الحصول   عليها
Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya

وجه   جميل        
1:    Wajah yang sempurna dan cantik  
فلوس   بالملاين
2:    Duit yang banyak
 
صحة   قوية
3:    Kesihatan yang baik  
 
اولاد   شاطرين   وفالحين   مثلنا
4:    Anak-anak yg cerdik dan berjaya   
 
نوم   عميق   من   دون   مهدئات   و   أدوية
5:    Tidur yang nyenyak tanpa ganguan   

 

سهلة   جدا   و   بوصفة   سحرية   و   سهلة   تستغرق  15 دقيقة   يومياً  ! كيف؟؟؟؟؟
senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari.
 


قال   رسول   الله   صلى   الله   عليه   وآله   وسلم  :  kata nabi s.a.w.;

  من   ترك   صلاة   الصبح   فليس   في   وجهه   نور   و   من   ترك   صلاة   الظهر   فليس   في   رزقه
Siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat


بركة   و   من   ترك   صلاة   العصر   فليس   في   جسمه   قوة   و   من   ترك   صلاة   المغرب   فليس   في
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,
dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat

     
  أولاده   ثمرة   و   من   ترك   صلاة   العشاء   فليس   في   نومه   راحة
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak

          بلغ   عن   الرسول  ( صلى   الله   عليه   وآله   وسلم  ) ولو   آية
sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat





LEKA URUSAN DUNIA, ABAI SOLAT FARDU



Solat fardu boleh didirikan di mana saja apabila masuk wakktunya (cth : stesen minyak, surau)
Ibadat boleh dilakukan ikut waktu jika bijak rancang masa

SOLAT ialah ibadah mudah untuk dilakukan, tetapi paling susah dilaksanakan, sedangkan ia amalan pertama akan ditanya Allah SWT kepada hamba-Nya ketika dihadapkan di muka pengadilan nanti. Walaupun menyedari hakikat itu, masih ramai yang mengabaikan perintah disampaikan oleh Allah secara langsung dari Luh Mahfuz kepada Nabi Muhammad SAW semasa peristiwa Israk dan Mikraj yang menjadi sejarah penting untuk dikenang umat Islam tidak kira di mana berada. 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bersegeralah kamu mengerjakan amal yang soleh, kerana akan berlaku fitnah seperti malam yang sangat gelita. Di dalam keadaan itu terdapat orang yang di sebelah paginya mukmin dan sebelah petangnya kafir, begitulah (sebaliknya) sebelah petang dia mukmin dan sebelah pagi kafir dia menjual agamanya dengan kepentingan dunia yang sedikit.” (Hadis riwayat Bukhari)
Bagaimana agaknya kita hendak menjawab apabila ditanyakan nanti kenapa meninggalkan solat. Apakah jawapan yang dirasakan sesuai untuk diberikan, malas, terlupa atau tidak tahu. Tepuk dada tanya iman kerana ketika itu keimanan kitalah yang akan menjawabnya.

Dalam mengejar tuntutan duniawi, bekalan di akhirat juga perlu disediakan. Oleh itu perancangan penting untuk kita menguruskan masa selama 24 jam yang dikurniakan berdasarkan keutamaan dan pastinya tanggungjawab kepada Pencipta sepatutnya berada di tangga teratas.

Sering kali disebabkan leka dengan kerja dunia, kita selalu mengambil ringan kepentingan menunaikan solat bukan saja memastikan dilaksanakan semua lima fardu itu tetapi dilaksanakan pada waktunya.

Ini ingatan kepada diri saya juga apabila menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja ,supaya jangan terlalu leka sebaliknya, apabila tiba masa, hendaklah menyegerakan seruan muazzin dengan menunaikan solat. 
Tiada istilah tidak sempat solat

Jangan sampai tidak sempat solat kerana tiada istilah tidak sempat jika kita bijak merancang. Punca sering meninggalkan solat kerana kita gagal merancang. Jika sudah tahu jika balik kerja jam 6 petang kita akan terlepas solat Maghrib, ada dua pilihan di depan.

Balik selepas selesai menunaikan solat Maghrib, atau berhenti pada pertengahan jalan yang mempunyai kemudahan seperti surau untuk bersolat. Tambahan, banyak stesen minyak sekarang ini menyediakan ruang solat yang selesa untuk umat Islam menunaikan tanggungjawabnya.

Jika solat sering terabai, apatah lagi membaca al-Quran. Apa juga yang ingin kita lakukan berbalik kepada aspek perancangan. Jika dibiasakan membaca al-Quran selepas solat walaupun hanya beberapa ayat, itu sudah memadai daripada tidak membaca langsung.



Mengimarah Ramadan setahun sekali

Ramadan bakal menjengah tidak lama lagi dan sewajarnya pelbagai perancangan sudah dilakukan bagi mengimarahkan bulan mulia itu yang diraikan setahun sekali. Tidak mengapa jika semangat kita dikatakan bermusim, sekurang-kurangnya kita mengambil inisiatif untuk memastikan kedatangan bulan yang dijanjikan pelbagai ganjaran dimanfaat.

Lagipun, kita tidak tahu apakah kita berkesempatan bertemu Ramadan akan datang. Justeru, peluang yang ada digunakan sebaiknya. Begitu juga dengan solat, selagi kita dikurniakan keupayaan serta kesihatan, hendaklah kewajipan itu ditunaikan.

Perancangan merebut peluang penting seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Sebagai peringatan kepada yang terlalu mementingkan hal keduniaan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bersegeralah kamu mengerjakan amal yang soleh, kerana akan berlaku fitnah seperti malam yang sangat gelita. Di dalam keadaan itu terdapat orang yang di sebelah paginya mukmin dan sebelah petangnya kafir, begitulah (sebaliknya) sebelah petang dia mukmin dan sebelah pagi kafir dia menjual agamanya dengan kepentingan dunia yang sedikit.” (Hadis riwayat Bukhari)