June 2012 ~ Yatibiz Official Blog Site

Assalamualaikum wbt. dan selamat datang! Kelebihan membeli secara online adalah menjimatkan masa, kos, duit minyak kenderaan, dan kos parking kenderaan anda. Mengelakkan daripada kesesakan lalu lintas dan lain-lain kos lagi yang terpaksa anda keluarkan. Jika anda membeli secara online anda hanya mengeluarkan kos barang yang anda inginkan dan kos penghantaran pos sahaja. Kemudian anda hanya perlu menunggu barang yang anda order itu sampai di depan pintu rumah anda. Jadilah pengguna yang bijak dan berilmu tentang hak pengguna untuk mengurangkan kos perbelanjaan anda.

Senarai Produk Yatibiz

RENUNGAN PAGI JUMAAT



Renungan Jumaat
   
JIKA orang kafir mampu bertahan dengan penderitaan menimpa mereka, maka orang beriman dengan kekuatan jiwa pasti lebih kukuh benteng pertahanannya dan cinta kepada ketentuan takdir yang menimpa dirinya.

Berbekalkan jiwa dan imannya, seseorang itu akan mencari kebaikan di dunia dan akhirat dengan beristirja' hanya kepada Allah SWT. Istirja' maksudnya meyakini, mengakui, menyedari serta menyerahkan segenap kebaikan urusannya hanya kepada Allah. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "(Iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, `Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un'." (Surah al-Baqarah, ayat 155-156)
Pujian dan balasan disediakan kepada orang bersabar seperti firman Allah yang akan memberi keuntungan serta kebahagiaan di dunia dan akhirat, pahala orang bersabar dilipat gandakan dengan hitungan tanpa batas serta mencapai kejayaan.
Tanpa kesabaran, cita-cita yang sudah di depan mata dan hampir dicapai akan hilang. Pemimpin besar dunia adalah orang yang gigih memperjuangkan cita-citanya tetapi mereka tidak pernah lekang daripada kesabaran menghadapi pelbagai rintangan yang menghadang.

Kekuatan dan kemenangan akan selalu bersama orang yang sabar dan sifat sabar juga menjadi perisai berdepan musuh. Malaikat akan menyambut, mengucap salam dan memberi penghormatan istimewa bagi orang yang sabar kerana mereka adalah mukmin yang dicintai Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan berapa banyak nabi yang berperang bersama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang yang sabar." (Surah Ali-Imran, ayat 146)

Pendek kata, orang sabar akan memperoleh pelbagai kemuliaan, keutamaan, kurniaan pahala tidak terhitung banyaknya selain ampunan Allah dan syurga di akhirat kelak.
Menyedari hakikat banyaknya faedah daripada kesabaran ini, maka marilah kita memohon taufik dan inayah-Nya, semoga Allah SWT menjadikan kita semua hamba-Nya yang penyabar. Jadikanlah kesabaran itu perhiasan akhlak yang harus kita mohon kepada Allah.

Firman Allah yang bermaksud: "Bersabarlah (hai Muhammad), dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yangmereka tipu dayakan. Sesungguhnya Allah berserta orang yang bertakwa dan orang yang berbuat kebaikan." (Surah anNahl, ayat 127-128)





REZEKI YANG HALAL


SEGALA yang dapat diambil manfaatnya adalah rezeki. Makna itu diambil berdasarkan kata 'rezeki' yang terdapat dalam terjemahan surah al-Baqarah ayat tiga: "… membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki…"
Rezeki merupakan salah satu kata kunci dalam ajaran Islam kerana berkait rapat dengan konsep tauhid. Dalam surah al-Baqarah ayat 22 dan 57, konsep rezeki dikaitkan secara langsung dengan masalah keimanan.
Dalam ayat 22, Allah SWT membicarakan tentang hujan yang menyirami pohon-pohon dan menghasilkan buah-buahan: "yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu…"
Dalam ayat 57 pula Allah SWT menyuruh: "Makanlah makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu. Dan tidaklah mereka menganiaya diri sendiri."
Kedua-dua ayat itu menunjukkan bahawa masalah rezeki dapat menjadikan manusia menjadi musyrik dan zalim, apabila mereka yakin bahawa rezeki itu dapat diperoleh daripada sumber lain selain Allah SWT.
Halal haram
Kaum Muktazilah berpendapat rezeki hanyalah untuk pemberian yang halal. Sedangkan yang haram tidak boleh disebut sebagai rezeki kerana pemilikannya tidak sah.
Hujah ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: Orang-orang yang (hendak) bertakwa membelanjakan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.(al-Baqarah: 2-3)
Golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah berpendapat bahawa rezeki itu adalah segala sesuatu yang bermanafaat, sama ada yang halal atau yang haram.
Rezeki ditafsir sebagai 'bahagian'. Oleh itu, bahagian yang diperoleh atau digunakan secara tidak sah merupakan bahagian yang haram.
Usaha
Meskipun Allah SWT Maha Pemurah dan rezeki-Nya maha luas, namun manusia tidak akan dapat memperoleh rezeki itu jika tidak berusaha. Usahanya menjadi ukuran banyaknya hasil perolehan.
Dalam al-Quran ditegaskan: Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan
( balasan ) apa yang diusahakannya. (al-Najm: 39)
Rezeki Allah SWT maha luas dan tidak terbatas pada ruang dan waktu .Rezeki-Nya itu bukan sahaja diberikan kepada manusia tetapi juga kepada segala makhluk-Nya. Hal itu dinyatakan dalam firman-Nya yang bermaksud: Dan tiadalah sesuatu pun makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya. (Hud: 6 )
Ukuran
Dalam al-Quran dinyatakan bahawa Allah SWT yang memberikan rezeki kepada makhluk di muka bumi, kerana Dia adalah satu-satunya sumber rezeki(rujuk al-Hijr: 20). Dengan kata lain, semua makhluk memiliki hak rezeki daripada Allah SWT, namun rezeki bagi semua makhluk itu mempunyai ukuran. (rujuk al-Hijr: 20)
Manusia tidak boleh menggunakan sumber kehidupan (rezeki) untuk kepentingan diri sendiri yang akan menyebabkan terganggunya keseimbangan alam.
Keseimbangan alam yang terganggu itu akhirnya akan merugikan manusia sendiri, misalnya penebangan kayu secara berlebihan (tidak terkawal) yang menyebabkan banjir dan perilaku lain seumpamanya.



TERINGIN MAKAN PULUT KUNING DGN RENDANG DAGING..

SEMANGAT PULUT KUNING
  • Pulut1 kg beras pulut [ dibasuhkan]
  • 2 keping asam keping
  • 3 s/b kunyit serbuk [bancuh dan tapiskan ]
  • air secukupnya untuk merendam pulut.
  • 1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat] 
  • garam secukup rasa
1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping (pulut akan nmpk berkilat) dan larutan kunyit selama beberapa jam untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulkan bahan ini supaya beras pulut ini rata warna kuningnya]
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dididihkan airnya.
5. Kukuskan sehingga naik wap.
6. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
7. Tuangkan santan yg telah digaulkan dengan garam.
8. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
9. Kukuskan semula sehingga naik wap lagi [20-25 minit].
11. Bila telah naik wap, tutup api dapur dan tekan pulut dalam acuan (jika mahukan pulut berbentuk)..
12. Hidangkan pulut dengan rendang daging...pilihan saya kali ni. 
 
RENDANG DAGING BEREMPAH
Bahan-bahannya
1 kilo daging, dipotong ikut suka
1 liter santan
½ cawan kerisik
2 keping asam keping
2 helai daun limau purut
1 ketul gula melaka (sederhana besar)
1 sudu makan gula
Garam secukup rasa
Serbuk perasa jika suka

Bahan untuk dikisar

20 batang cili kering
500 gram bawang kecil
6 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
5 batang serai
3 inci halia
2 sudu serbuk kunyit
1 inci lengkuas

**1 helai daun kunyit dihiris, ditabur setelah kuah hampir pekat. 

Cara-caranya

1. Tumis bahan yang telah dikisar, kerisik dan masukkan dalam kuali bersama daging.
2. Masak sebentar sehingga kering airnya sedikit, kemudian masukkan santan, gula melaka, daun limau purut, asam keping, garam dan serbuk perasa.
3. Masak lagi sehingga ia kering. Angkat dan hidangkan...sedapnya tak terkata, masak sendiri baru puashati hehe...kadang2 tak cukup coz anak2 ni suka makan berulang2..
 

NASI KERABU SPECIAL

Nasi
* 3 cawan beras
* 4 cawan air
* 1 batang serai dketuk
* 2-3 daun limau purut
* sedikit pewarna biru
Beras dbersihkan dan dimasak seperti biasa bersama2 serai,daun limau purut dan pewarna biru.
Sambal Kelapa/Ikan
* 1/2 biji kelapa parut – ditumbuk sedikit (guna kelapa kering)
* 2-3 ikan kembung – dipanggang
* 4 ulas bawang merah
* 1.5cm halia
* 1 batang serai – hiris
* 1 sudu kecil lada hitam
* garam dan gula secukup rasa
tumbuk bawang merah,halia,serai dan lada hitam.kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk sampai lumat.
kemudian campurkan ngan kelapa parut dan disangai guna api yg kecil sehingga agak kering dan berderai.
Kuah Sambal
* 5 batang cili kering
* 5 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 2 inci belacan- bakar dulu
* 1.5 inci halia
* 1 batang serai – titik
* gula merah n serbuk perasa jika suka
* 2 cawan santan
* asam keping
* garam
tumbuk bahan yg bertanda *.
didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat.
masukkan bahan tumbuk, serai, gula merah dan asam keping.
didihkan hingga kuah agak2 pekat n kering.
rasa dan angkat.
 Solok Lada
* 10 biji lada hijau – potong jgn putus dan buang biji
* 1/2 biji kelapa parut putih
* 4 ulas bawang merah
* 1.5 cm halia
* lada itam skit
* 2-3 ekor ikan kembung – ambil isi sahaja
* sedikit garam,gula dan perasa
Tumbuk bawang,lada itam dan halia hingga lumat dan masukkan garam,gula dan isi ikan.
campurkan ngan kelapa parut dan sebatikan.
sumbatkan ke dalam lada hijau. susun ke dalam periuk kukus.
kukus hingga masak.
Daging Panggang – bleh buat juga ikan goreng tepung, ayam panggang jika suka 
* daging lembu gred A @ daging btg pinang
* garam
* lada hitam
gaulkan daging dengan garam n lada hitam
panggang ngan suhu 200 selama 45minit atau hingga daging masak.
Ulam-ulaman & bhn lain
* budu yang diperah limau and dicampur hirisan cili
* kacang panjang
* taugeh
* timun
* daun kesum
* kubis
* bwg jeruk
* telur masin
* keropok ikan
* sambal belacan









PERNAH DENGAR JUS DELIMA? INILAH KHASIAT KHASIATNYA YANG PERLU KITA TAHU


JUS DELIMA ASLI
1 LITER (RM25)


 
 DAPATKAN JUS DELIMA ASLI TANPA BAHAN PENGAWET DI IMPORT KHAS DARI TIMUR TENGAH. PRODUK INI SANGAT TERHAD, DAPATKAN SEGERA DI STOKIS-STOKIS KAMI. 

Mengapa anda mesti minum jus buah delima?

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. : "Barangsiapa memakan buah delima keseluruhannya sesungguhnya allah menerangkan hatinya selama 40 hari"
Saidina ali berkata : "Makanlahan bahagian buah delima dan bahagian isinya kerana buah ini berfungsi membersihkan perut."

Buah delima baik untuk kerongkong,dada dan paru-paru. Baik untuk mengubati batuk. Ia juga membantu meningkatkan stamina, berguna mengubati radang usus,mencegah muntah.mengurangi panas dan mengatasi masalah jantung.
Tahukah anda, delima adalah sejenis buah yang berasal dari Mediterranean yang banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubatiu pelbagai jenis penyakit. Tanaman perdu berbatang kayu ini mempunyai batang berduri, daunnya lonjong, kecil dan bertepi rata.

Kulit buah delima biasanya berwarna hijau kekuningan. Bentuk buahnya seperti epal dengan kelopak bermahkota. Di dalamnya mempunyai beratus-ratus biji.

Khasiat buah Delima

1. Buah ini mengandungi zat besi, kalsium, folforus, vitamin A dan C. Sejak zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat cacing. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya.

2. Dalam perubatan Cina, biji delima putih mempunyai khasiat anti-radang. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawat menggunakan buah delima. Airnya bertindak sebagai astrigen disapu kebahagian yang bengkak dan dilakukan beberapa kali sehingga sembuh.

3. Cara memanfaatkan Delima

Keputihan - 30g kulit delima kering, direbus dengan satu liter air. Masakkan sehingga airnya tinggal separuh. Minum ramuan ini dua kali sehari.Gangguan pencernaan - 50g daun delima segar dimasak dengan air. Minum sewaktu suam. Perut Kembung - Lima helai daun delima kering direndam satu gelas air panas. Minum setelah agak sejuk, minum tiga kali sehari.

Menurunkan berat badan - Dua genggam daun delima muda diramas-ramas dengan air masak, dicampurkan sedikit garam. Dapatkan perahan pati, minum dua kali sehari.

Jus delima adalah sumber yang kaya dengan kandungan ‘phytochemical’ untuk kebaikan jantung dan salur darah yang sempurna.Ia bukan sahaja merendahkan tahap kolestrol,tetapi juga merendahkan tekanan darah dan mengurangkan tahap sesak nafas (altherosclerosis) .Jus delima juga bagus untuk mengelakkan kanser payudara,kanser kalenjar pundi kencing,kanser usus,leukemia dan juga untuk mengelakkan perubahan jantung yang ditumbuhi tumor.

Membantu menstabilkan paras kolestrol
Kebenarannya adalah tahap kolestrol yang buruk boleh membaw risiko yang buruk pada kesihatan. Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik disamping menurunkan kolestrol yang buruk. Kebaikan ini sahaja dapat member keajaiban pada kesihatan pengguna. 

Mempunyai tahap antioksidan yang tinggi
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yg tinggiberbanding pesaingnya seperti anggur merah dan the hijau. Apabila kamu perlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian,kamu perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.


Melawan penyakit jantung
Delima membantu melancarkan peredaran darahdalam badan.ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung. Berdasarkan kajian terbaru,kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan pembentukan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengandungi ‘flavonoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi,antioksidan yang mampu melawan
Penyakit jantung dan kanser.

Delima memberi dan merangsang tenaga batin dan jus delima pula kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals(alat kelamin) dan mampu menguatkan sistem pertahanan badan
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.

Mengurangkan risiko penyakit kencing manis
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung.  Kajian terbaru yang utama mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis( atau pengerasan pada arteries). “ dalam kebanyakan jus gula hadir secara bebas dan berbahaya- bentuk,” Kata penyelidik. “ dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, dimana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis”

Mengelakkan kanser kelenjar prostat
Ia hanya boleh dicapai dengan meminum jus delima atau mengambil supplement delima. Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kelenjar prostat.kebanyakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima dimana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.

Melawan kanser payudara
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Ini adalah kajian terbaru yang diperolehidari kebaikan jus delima. Kajian lain di university Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Wisconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.

Mampu membantu merendahkan tekanan darah
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah tinggi pada usia tua. Ini akan membawa kepada risiko jika manusia tidak mengendahkan kesihatan diri. Jus delima mempunyai kandungan ‘phytochemical’ yang mendorong penerima serotonim dan estrogen, membaiki symptom tekanan dan tulang. Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotordan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, factor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

Menguatkan kesihatan gigi
Dapat mengurangkan pembentukan plak gigi. Gigi yang sihat dapat diperoleh selain dari menggunakan khidmat doctor pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.

Mencegah daripada penyakit Alzheimer ( Nyanyuk)
Pengkaji daripada pusat perubatan university Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer ( Nyanyuk) daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.

Melindungi otak bayi
Dalam kajia pediatric mendapati bahawa meminum jus delima semasa mengandung dapat  melindungi otak bayi semasa kelahiran. Dapat melahirkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas doctor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir bayi. Itulah sebabnya kenapa persatuan perubatan amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan,jus delima mengandungi ‘potassium’ dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.

Menghalang kemasukan virus hiv-1 dan microbicide
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan hiv-1 ke atas jus delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikatpada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus utama A sehingga g dan juga kumpulan o.

Mengurangkan batuk dan dan asthma / penat
Kandungan asid askorbik ( vitamin C )yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akanmengurangkan bunyi dehitan pada penghidap asthma dan lelah.

Mengelak alahan ibu mengandung dan ibu lepas bersalin.
Jus delima membantu ibu mengandungdaripada mengalami alahan( morning sickness)serta sangat baik untuk ibu lepas bersalin khususnya membersih kotoran darah nifas. Ianya juga mempercepatkan penyembuhan luka sistem peranakan dan dapat member tenaga kepada ibu lepas bersalin

Mencantik dan merawat kulit kepelbagaian vitamin
Mengandungi potassium yang tinggi,selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor,kalsium,besi dan sodium dan vitamin A,B1,B2,B3 dan C. bertindakbalas bersama sodium,potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga degupan jantung agar tetap normal ( bagi ibu dan perkembangan fetusnya), dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan sraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung) mencegah edema,dan megurangi kadar gula yang beredar didalam darah ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan. Menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkan bergerak dengan mudah dan juga menguatkan jantung.

Jus Delima dijual di tepi-tepi jalan dengan begitu sahaja. Gambar di Islamabad, Pakistan.
Sejak 8000 tahun yang lalu,buah DELIMA sudah diyakini dapat mengubati sejumalah Penyakit. Meskipun tanah asalnya adalah Iran,tetapi Hampir seluruh dunia,melalui Spanyol hingga California,sudah mengenal buah DELIMA,meskipun bangsa Eropah menganggapnya sebagai buah yang baru ditemukan.
STOKIS-STOKIS UTAMA
1. KEDAH
Mohd Suffian b. Sahbudin No.49 Taman Mahsuri Fasa 2D 06000, Jitra Kedah Darul Aman. 013-3806062 / 013-3806064
2. NEGERI SEMBILAN
NURUL AIN SAHBUDIN No.398 Blok 19, Felda Raja Alias 1, 72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Semibilan. 019-9496133
3. SELANGOR
NORHAYATI LUDIN No. 109 blok 16 Jalan 18/3 40200 Seksyen 18 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. 012-9326011
4. JOHOR
Dr. Mohd Rashidi Ibrahim No. 25 Jalan Melewar 3, Kolej Kediaman Melewar UTHM, 86400, Pt Raja, Batu Pahat, Johor. 019-3645165

BACA NI DULU SEBELUM BAWA FAMILY HOLIDAY

SEMPENA cuti sekolah yang masih berbaki, pasti anda merancang bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan tetapi tidak pasti destinasi yang hendak dituju.

Jika sudah mempunyai destinasi yang ingin dijejaki, anda tentu hilang panduan dalam pelbagai perkara. Antaranya tempat menarik yang ingin dilawati, restoran hebat atau petunjuk jalan akibat tidak pernah menjejakkan kaki di lokasi terbabit.
Usah khuatir - semua jawapan ada di hujung jari. Dengan berpaling kepada pelayar internet anda, ia akan menjadi pemandu pelancong terbaik pernah anda temui dan secara percuma!
Inilah perkhidmatan diberi pelayar sistem maklumat Google yang memberi pengalaman baru dalam mengakses aplikasi web. Tidak hanya laman web yang mengandungi maklumat boleh diakses, malah aplikasi web Google mengambil arahan daripada pengguna untuk menawarkan pengalaman pelayaran peribadi termasuk ketika merancang perjalanan.

Pelayar Chrome Google akan berfungsi dengan aplikasi ini untuk mewujudkan web terpantas - suatu pengalaman paling intuitif di web. Pelancong boleh mencari beberapa aplikasi web yang unik untuk membantu semua pelan daripada tempahan penerbangan, hotel hinggalah belajar bagaimana hendak berkhemah dalam hutan dengan selamat.

Apabila anda menggunakan Chrome untuk mengakses Peta Google, anda boleh meneroka dunia dengan pantas. Hanya dengan ‘klik’, ia akan menyerlahkan alamat dan info perjalanan sama ada anda sedang berjalan, memandu atau mengambil pengangkutan awam.

Kekangan bahasa kini bukan lagi penghalang kerana ia secara automatik menterjemah laman web ke dalam bahasa anda. Sama juga keadaannya ketika anda berada di negara asing, melalui aplikasi ini anda boleh menterjemah bahasa tidak difahami dalam laman web bahasa asing kepada bahasa pilihan.
Store Web Chrome adalah pasaran di mana anda boleh menyemak imbas, menemui dan membeli aplikasi dan lanjutan terbaik di web.

Pengumpulan perjalanan dalam Store Web Chrome menghimpunkan berpuluh aplikasi dan alat yang direka untuk menjadikan perancangan perjalanan anda mudah dan menyeronokkan. Berikut adalah hanya beberapa contoh aplikasi yang memudahkan perjalanan anda:

TouristEye Planner
Permudahkan perancangan perjalanan dengan membina jadual perjalanan menggunakan daya seret yang mudah dan antara muka. Simpan dalam telefon pintar anda untuk akses yang mudah jika tiada sambungan internet.

Hipmunk
Kunci kepada aplikasi yang memudahkan anda mencari penerbangan dari aspek harga, jadual perjalanan dan tempoh penerbangan.

Wanderfly
Rancang perjalanan yang sepadan dengan bajet dan minat anda. Mencari sesuatu yang lasak dan bersifat pengembaraan, romantik atau mewah? Hanya klik butang dan cari apa yang sesuai dengan keperluan anda.

Dayzipping
Mahukan percutian yang cepat? Dayzipping membantu anda mencari perjalanan sehari di 15 buah negara berbeza.

CardFed
Aplikasi ini membantu menghantar gambar anda umpama poskad di mana-mana lokasi di dunia. Anda tidak perlu risau jika terlepas peluang membeli poskad sebagai kenangan ketika bercuti.

wikiHow Survival Kit
Bersedia untuk apa-apa situasi dengan aplikasi web ini. Diserang binatang buas, tersesat di huan atau mengalami masalah ketika bercuti - semuanya ada penyelesaian!

Amazebuy Hotels
Pilih tawaran pakej penginapan menarik hotel di seluruh dunia.

Weather Window
Ambil sedikit masa untuk melihat secara maya cuaca bandar yang dirancang dilawati. Sehubungan itu, anda boleh bersedia dengan pakaian yang sesuai seperti seorang pakar.

Flight Status
Sentiasa bersedia untuk penerbangan anda. Ini aplikasi mudah membolehkan anda menaip kod penerbangan dan memeriksa statusnya.














KENAPA SOLAT TIANG AGAMA?

Assalamualaikum..
Pensyariatan ibadat solat secara langsung daripada Allah ini sekali gus mengangkat martabat dan nilai ibadat solat di sisi Allah. Dalam Islam, solat adalah tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat maka dia mendirikan agama. Sebaliknya sesiapa yang meninggalkan solat bermakna dia meruntuhkan agama.

Solat adalah satu kewajipan secara langsung dari Allah kepada Rasulullah dan juga kepada umatnya yang dinilai sebagai satu amalan komunikasi menghubungkan antara manusia dan Allah. Jelas di sini bahawa solat bukan hanya sekadar rukuk dan sujud tanpa pengisian jiwa dan hati sanubari dengan iman.
Sebaliknya solat adalah satu bentuk ibadat yang menuntut keikhlasan, ketakwaan dan kekhusyukan Muslim semasa menghadap Allah.
Peringatan peristiwa Israk dan Mikraj adalah satu momentum bagi umat Islam untuk melakukan muhasabah diri terhadap kualiti solat dan mengambil pengajaran daripada nilai solat. Ini kerana solat yang dilakukan dengan penuh adab dan penuh khusuk, mampu mengubah seseorang Muslim menjadi lebih bertakwa dalam kehidupan peribadi dan sosialnya.

Di antara nilai solat itu adalah solat mendidik Muslim menyucikan dirinya dari sifat buruk. Hal ini ditegaskan Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)

Kedua, solat mendidik kesatuan dan perpaduan ummah. Ini kerana setiap Muslim menunaikan solat akan menghadap ke arah satu kiblat yang sama, iaitu Baitullah al-Haram. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya mewujudkan kesatuan dan perpaduan ummah.

Natijah daripada kesatuan dan perpaduan ini akan mewujudkan perasaan saling memahami dan saling melengkapi antara sesama Muslim.

Ketiga, solat mendidik Muslim supaya memiliki disiplin waktu. Setiap Muslim yang menunaikan solat akan selalu memerhati dan menunggu masuknya waktu solat, sekali gus akan berusaha menunaikannya tepat pada waktunya, di samping menundukkan nafsunya untuk tidak tenggelam dalam kesibukan duniawi.

Keempat, solat mendidik setiap Muslim kepentingan tertib atau susunan organisasi. Solat berjemaah yang didirikan menuntut susunan jemaah yang berbaris lurus di belakang imam dengan memastikan tiadanya celah kosong antara setiap jemaah di kanan kirinya di samping menyedarkan umat Islam perlunya tertib organisasi di dalam segala lapangan hidup ummah.

Kelima, solat mendidik Muslim terhadap ketaatan kepada pemimpin. Mengikuti imam dalam setiap gerakan rukun solat, dengan tidak mendahuluinya walau sesaat pun, menunjukkan adanya ketaatan dan komitmen yang tulus dari makmum, serta menjauhkan diri daripada keingkaran terhadap perintahnya, selama mana perintah itu tidak menjurus ke arah maksiat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada ketaatan sama sekali kepada makhluk dalam keadaan bermaksiat kepada Allah SWT.” (Hadis Riwayat Ahmad).

Keenam, solat mendidik Muslim memiliki sifat keberanian menegur dan memperingatkan pemimpin. Jika imam terlupa dalam sesuatu rukun solat, maka makmum berkewajipan untuk memperingatkan dan menegur imamnya dengan membaca subhanallah.

Hal ini menunjukkan kewajipan rakyat untuk memperingatkan pemimpinnya jika melakukan kesalahan atau kesilapan dalam kepimpinannya atau tidak menunaikan hak kepada rakyatnya.

Ketujuh, solat menyedarkan umat Islam persamaan hak antara sesama Muslim. Dalam solat berjemaah, pengisian saf atau barisan solat tidak didasarkan pada status sosial, pangkat kedudukan atau darjat seseorang, walau pun pada saf yang paling hadapan.

Gambaran ini menunjukkan adanya persamaan hak tanpa mengambil kira kedudukan mahu pun tua umurnya, bukan saja di dalam solat jemaah, bahkan dalam arena kehidupan ummah.

Kelapan, solat mendidik umatnya mengamalkan gaya hidup yang sihat. Mendirikan solat secara istiqamah memberikan kesan kesihatan yang menyeluruh, yang dihasilkan melalui gerakan di setiap rakaat, yang dilaksanakan pada setiap hari secara minimum 17 rakaat secara seimbang. Dalam erti kata lain, solat adalah satu bentuk riadah fizikal dengan cara sederhana dan mudah gerakannya.

Jika nilai solat ini dapat diterjemahkan secara holistik dalam kehidupan setiap Muslim, maka sudah pasti satu transformasi dalam setiap dimensi hidupnya ke arah yang lebih baik akan dapat dicapai.

Info
Kelebihan solat:
  • Mengubah seseorang Muslim menjadi lebih bertakwa dalam kehidupan peribadi dan sosialnya
  • Mendidik Muslim menyucikan dirinya daripada sifat buruk
  • Mendidik kesatuan dan perpaduan ummah
  • Menghargai waktu
  • Mendidik ketaatan kepada pemimpin
  • Menanam sikap berani dalam diri Muslim iaitu bersedia menegur pemimpin buat kesilapan
  • Menyedarkan umat Islam persamaan hak antara sesama Muslim

BEBAS HUTANG INSYAALLAH KELUARGA KAYA BAHAGIA


Prinsip #1: Beli secara tunai. Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu.

Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan. Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Persona jer lah dulu. Buang lah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya.

Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan. Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji. Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank.

Prinsip #4: Bina pendapatan kedua. Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim 'bisnes'. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%!
Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.
Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!

Orang Bujang, Suami Isteri Bekerja, Lagi La Mudah

Orang bujang sepatutnya lagi senang nak bebas hutang. Betul tak? Susu pampers anak-anak tak kena beli, duit hantar anak sekolah pun tak ada, pakaian anak-anak yang mahal-mahal tu pun tak perlu risau. Cuma fikir diri sendiri dan kebajikan mak bapak jer...
Strategi Bebas Hutang
Strategi #1: Jangan buat hutang lagi. Selagi kita boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu.
 
Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu. Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% - 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
 
Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.
 
Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”. Dana ni penting sebab kita dapat jimat banyak dengan cara full-settlement berbanding dengan tambah nilai installment bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai pokok jer, installment bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai pokok + interest!
settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!
 
Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu. Gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.
 
Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang. Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
 
Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang. Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!
 
Strategi #7: Bayar hutang secara automatik! Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.

NASI DAGANG PILIHAN


NASI DAGANG PILIHAN
Untuk nasi
Bahan-bahan:
Beras nasi dagang – 5 pot
Santan – 2 pot
Air – 2 1/2 pot
Garam – secubit
Halba – 1/2 sudu kecil
Halia – 1 inci
Bawang Merah – 2 ulas
Cara memasak:
Basuh beras nasi dagang.Masukkan santan, air, halia dan halba.Letakkan dalam rice cooker. Kacau sekali-sekala.Bila hampir masak, taburkan bawang merah dan kacau
Kari ayam
Bahan-bahan:
Tumbuk atau blender:
Bawang merah – 5 ulas
Bawang putih – 2 ulas
Halia – 1 inci
Lengkuas – 1 inci
Lain-lain:
Ayam – 10 ketul
Kari ayam – 1 bungkus
Santan
Air asam jawa
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Halba
Gula melaka
Garam
Air
Cara memasak:
Tumis bahan yang ditumbuk / blender tadi sampai betul-betul masak.Masukkan kari ayam, kulit kayu manis, halba.Lepas dah agak garing sedikit, masukkan ayam, garam, gula melaka / gula, air asam jawa dan sedikit air.Bila ayam dah empuk, masukkan santan.Kacau sentiasa agar santan tidak ‘pecah’Bila dah masak boleh tutup api…
Acar timun
Bahan-bahan:
Timun
Carrot
Kubis (pilihan)
Nenas (pilihan)
Halia muda (pilihan)
Cili
Bawang besar
Cuka
Asam limau nipis
Garam
Gula
Cara membuat:
Potong sayuran tadi mengikut citarasa (ketepikan).Gaul cuka, garam, gula, perahan asam limau nipis dalam 1 bekas.Masukkan sayuran yang dipotong tadi, kacau sebati.Perapkan dalam masa sejam atau lebih supaya bahan perap tadi rasa pada timun dan sekutunya.

Note : Sekali sekala masak nasi dagang, best gak, tukar selera,,kadang2 dah boring makan nasi putih..anak anak pun dah mula suka nasi dagang ni...nanti bila free saya akan upload nasi kerabu and laksa kelantan lepas ni...

KEK COKLAT RAYA


Salam, mmmmm... kek kegemaran saya kek coklat Berminat boleh la sms atau hubungi kak Yati 0129326011
Harga :-
1/2 kg = RM15, 1kg = RM30
Jika ade hiasan dan tulisan perlu tambah RM5 shj.
Harga memang murah dibawah pasaran...

Tempahan mestilah 3 hari sebelum tarikh yang diminta. Penghantaran percuma di kawasan seksyen 18 sahaja..atau terus datang ke rumah..Terima kasih.

BISKUT RAYA KUALITI DI JAMIN

1) Biskut Dahlia
2) Biskut Almond London
3) Biskut Snowy Almond
4) Biskut Gajus


5) Biskut Ding Dong Bell


Salam semua, biskut raya tahun ni macam tahun tahun yang lepas sememangnya tak pernah miss, tiap tiap tahun wajib ade kat atas meja untuk family dan juga tetamu..bila time raya la..kalau nak beli kat kedai biasa mahupun supermarket rasanya tak puas,  kebanyakkannya nampak menarik tapi bila rasa bagi saya tak de ummp kata orang..hehe..ade juga bila beli pelbagai jenis biskut, rasa semuanya sama...sebab itulah biskut yang saya nak promote ni memang sedap dan berkualiti,
Insyallah sesiapa yang order akan puas hati..setakat ni dah masuk tahun keLIMA saya jual biskut raya ni..Alhamdulillah customer yang sama order.

6) Biskut Snowy Orange
7) Biskut Tart Nenas
8) Biskut Crunch Ball
9) Biskut Kelapa
Top selling : Biskut gajus, Ding Dong Bell, Dahlia - anak anak sangat suka... bukan nak kata yang lain tak sedap, bagi saya semua biskut ni saya suka, tapi yang selalu cepat habis itulah...
Harga : Semua biskut adalah RM22.00/btl/50pcs kecuali Tart Nenas RM24.00/btl/50pcs

Tahun ni harga sama dengan tahun lepas.


Berminat sila hubungi atau sms Pn Yati 012-9326011

Kerana ade permintaan dari customer, 1 lagi  Biskut Kelapa , gambar tak sempat lagi nak ambil ...Insya Allah will update soon...
Tempahan dibuka sekarang..penghantaran percuma hanya dibuat di kawasan sekyen 18 Shah Alam sahaja. atau terus datang ke rumah.

Tempahan ditutup pada 6 August 2013 !

Terima Kasih.



TABLOQ - BEDAK SEJUK WARISAN TRADISI ASLI

Tabloq - Bedak Sejuk Warisan Tradisi Asli

Bedak sejuk ini merupakan bedak sejuk warisan nenek moyang kita terdahulu. Tidak mengandungi sebarang bahan kimia. sesuai untuk semua jenis kulit. 100% campuran tanah liat. Ia merupakan salah satu jenis Ramuan Bedak Sejuk Warisan Tradisi Asli orang melayu yang masih kekal sehingga ke hari ini, termasuk bedak kulit rambai, bedak rukup dan bedak sejuk biasa. Namanya yang tidak asing lagi di kalangan rakyat Terengganu, Kelantan dan Pahang sekitar tahun 40an hingga 80an. Sekarang hampir atau lebih 80% generasi sekarang khususnya orang Pantai Timur tidak lagi mengenalinya. Memikirkan akan kemungkinan pupus di telan zaman, Tabloq Marketing mengambil keputusan untuk mengembang semula dan memperkenalkannya kepada umum.

Tiada anugerah dari sesiapa namun bedak sejuk ini merupakan anugerah dari Allah SWT kepada hambaNya. Sebelum ini testimoni telah di buat, 90% pemakai mengatakan mujarab dan 10% lagi tidak menjadi kerana tidak mengikut cara yang betul atau tidak sabar.


KHASIAT DAN KELEBIHAN TABLOQ

Menurut pengasas tabloq yang pertama, Abdul Manan bin Awang (al Fatihah). katanya: "TabloQ ini tersembunyi 1001 khasiat" Hanya Allah SWT sahaja yang tahu kesemua khasiatnya yang tersembunyi, Beberapa testimoni yang telah di buat tentang khasiat dan kegunaannya akan dicoretkan di sini, bergantung kepada sekum-rasi si pemakai serta niat dan cara pemakaian yang betul serta bersabar menunggu hasilnya.  Tabloq tidak akan masam/busuk walaupun dibiarkan basah berhari hari lamanya didalam bekasnya. Itu juga salah satu kelebihan Tabloq!Antara Khasiat dan kegunaannya:


1. Menghilangkan jerawat dan juga jeragat.
2. Menyejukkan kulit.
3. Menghilangkan ruam pada kulit baby.
4. Mengeringkan muka yang berminyak.
5. Memutihkan kulit.
6. Menegangkan kulit.
7. Melembapkan kulit.
8. Mengecilkan liang roma.
9. Membuang daki serta sel-sel kulit yang mati.
10. Membasuh kemaluan wanita selepas haid.
11. Menyejukkan kulit ketika terkena Chicken pox (bertih) serta tidak     meninggalkan parut.
12. Menghilangkan parut jerawat dan luka.
13. Membuang bulu ketiak.
14. Mengurangkan bahang panas akibat kulit terbakar.
15. Mengeringkan luka-luka.
16. Mengembalikan bentuk asal payudara selepas menyusukan anak. 
 17. Amat sesuai dipakai sapu ketika demam biasa atau deman campak.
18. Amat sesuai untuk mandian lulur. 
19. Amat sesuai digunakan untuk bertayammum.
20. Sesuai untuk semua jenis penyakit kulit termasuk kudis. (penyakit kulit kayap
21. Sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina.


Termasuk ceret-beret, yang mana ambil sedikit Tabloq, kacau dalam air suam dan minum. Khasiat yang dinyatakan diatas adalah berdasarkan maklumbalas dan testimoni daripada pengguna-pengguna yang telah menggunakan produk ini, sejak tahun 1970an lagi.

CARA-CARA MENGGUNAKANNYA
Masukkan air kedalam bekas bedak ini secukupnya samada untuk pekat ataupun cair. Dan sapukan bedak tersebut ke tempat yang dikehendaki. untuk mendapatkan hasil terbaik, amalkannya selalu sebelum tidur.

Untuk muka yang berjerawat dan berjeragat juga untuk menghilangkan parut, hendaklah digosokkan bedak tersebut ditempat yang di kehendaki dan dibilas selepas itu, sapu bedak itu sekali lagi untuk dipakai ketika hendak tidur.


DEMO CARA GUNA TABLOQ TANPA AIR



DEMO CARA GUNA TABLOQ DENGAN AIR





Alhamdulillah dengan izin Allah swt. Tabloq bedak sejuk ini  bukan sahaja boleh  dipakai dimuka, atau untuk kecantikan semata-mata, malah pada luka dan denyutan akibat diabetis juga semakin berkurangan.  



Tabloq bedak sejuk ini tidak dijual untuk seketul sahaja, memandangkan kami terpaksa menanggung kos poslaju Malaysia. Paling kurang hanya 3 ketul tabloq sahaja dijual dengan kos RM30.00 untuk semenanjung dan untuk Sabah dan Sarawak RM35.00 termasuk poslaju Malaysia.


Jika anda datang sendiri kerumah kami menjual seketul tabloq dengan harga RM7.00 sahaja.


Jika berminat untuk mencuba Tabloq bedak sejuk ini boleh datang  ke Shah Alam yang beralamat  di No. 109 blok 16 Jalan 18/3 40200 Seksyen 18 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Ataupun boleh hubungi Puan Norhayati di talian 012-9326011.

Untuk Stokis Sri Jempul, Negeri Sembilan boleh hubungi Puan Nurul Ain di Talian 019-9496133.


P/S: PEMBAYARAN BOLEH DIBUAT MELALUI AKAUN MAYBANK (162218385941) ATAS NAMA NORHAYATI LUDIN.