Jangan Guna Minyak Masak Lebih Dari Sekali

Dah lama saya dengar berita tentang bahaya guna minyak masak terpakai ni. Semalam berita ini keluar lagi. Kita patut berasa takut apabila memilih untuk makan di luar sebab kita tidak tahu tukang masak tu guna minyak yang macamana. Memasak sendiri di rumah adalah jalan terbaik yang kita boleh lakukan.

Jom baca berita di bawah sebagai satu peringatan untuk kita.
PETALING JAYA: Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.
Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.
Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.
“Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang” katanya ketika dihubungi The Star.
Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram.
“Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek.
Ini ada lagi berita berkaitan bahaya minyak masak kitar semula. Hati-hati ya…
Yang terkena darah tinggi tu mungkin salah satu puncanya  ialah kerana termakan masakan yang minyak masaknya diguna berulangkali.
Minyak masak yang dijual dalam bungkusan satu kilogram di pasaran mungkin telah dikitar semula.
“Ujian yang dijalankan ke atas 19 jenama minyak masak murah di seluruh negara mendapati minyak masak yang telah digunakan dan didedahkan pada haba panas berulang kali tidak selamat untuk kesihatan pengguna,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia, Ratna Devi.
Menurutnya, beberapa pengilang dipercayai membeli minyak masak terpakai di restoran menerusi orang tengah dan memprosesnya semula untuk dijual.
“Sampel yang dihantar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk diuji mendapati semua 19 jenama tidak menepati piawaian antarabangsa.”
Selain itu, Akta Makanan 1983 masih belum menyenaraikan piawaian untuk menguji bahan campuran yang terkandung dalam minyak masak.
“Kesatuan Eropah menetapkan bahawa bahan campuran sepatutnya berada pada tahap 25 peratus manakala Australia dan Switzerland mengehadkan 27 peratus.”
Semua 13 sampel yang diuji menunjukkan bahan campuran berada di antara 28.4 hingga 70.8 peratus.
Ujian jelas membuktikan bahawa minyak tersebut bukan minyak baru diproses, sebaliknya telah didedahkan kepada haba tinggi. Perubahan bahan terjadi apabila minyak digunakan berulang kali untuk memasak.
“Saya percaya, minyak masak tersebut telah dikitar semula menjadi biodiesel untuk kegunaan enjin diesel,” ujar Ratna.
Katanya lagi, minyak itu cukup popular dalam kalangan pengguna kerana harganya yang murah.
“Berdasarkan tinjauan, kebanyakan restoran di Lembah Klang menggunakan minyak masak tersebut.”
Ratna yang juga berpengalaman dalam sains makanan berkata, minyak masak kitar semula itu turut digunakan dalam pemakanan haiwan.
Sekali sekala guna minyak zaitun pun bagus juga…
 
Siapa nak minyak zaitun?

Post a Comment

0 Comments