March 2012 ~ Yatibiz Official Blog Site

Assalamualaikum wbt. dan selamat datang! Kelebihan membeli secara online adalah menjimatkan masa, kos, duit minyak kenderaan, dan kos parking kenderaan anda. Mengelakkan daripada kesesakan lalu lintas dan lain-lain kos lagi yang terpaksa anda keluarkan. Jika anda membeli secara online anda hanya mengeluarkan kos barang yang anda inginkan dan kos penghantaran pos sahaja. Kemudian anda hanya perlu menunggu barang yang anda order itu sampai di depan pintu rumah anda. Jadilah pengguna yang bijak dan berilmu tentang hak pengguna untuk mengurangkan kos perbelanjaan anda.

Senarai Produk Yatibiz

Ayah Ibu, Beri Arahan Pada Anak Pun Ada Teknik dan Seninya

Sebagai ibu bapa, agak sulit menangani anak-anak yang susah mendengar kata. Lazimnya, apa yang diarahkan sukar dilaksanakan mengikut kemahuan ibu bapa. Malah sikap bertangguh atau membiarkan arahan yang diberi begitu sahaja menjadi amalan segelintir anak-anak ini.

Tentunya senario yang berlaku memeningkan kepala malah jika tidak diatasi segera mungkin menjadi nanah yang memakan kebahagiaan sesebuah keluarga. Usah gusar kerana masih ada jalan penyelesaiannya.
Berfikirlah Sebelum Bercakap
Katakan anda berjanji untuk bersiar-siar dengan anak tetapi hakikatnya anda telah lewat lima belas minit kerana bersiap. Tidak cukup dengan itu, anda minta bantuannya supaya mengemas ruang tamu serta bilik yang sedikit bersepah. Sekiranya tidak diselesaikan maka aktiviti yang dirancang akan dibatalkan sama sekali. Situasi ini tentunya mewujudkan rasa tidak puas hati anak terhadap anda sekali gus melahirkan anak-anak yang berfikiran ‘selective hearing’. Sebaiknya, ambil masa satu kedua minit untuk berfikir sebelum arahan dikeluarkan dan jangan lupa pastikan arahan tersebut jelas dan mudah difahami oleh anak-anak ini.
Belajar Kawal Emosi
Secara logiknya, ibu bapa yang marah akan meninggikan suara. Akibatnya, si anak akan berikan sepenuh perhatian terhadap apa yang anda katakan. Hakikatnya bukan itu yang terjadi. Anak-anak mungkin diam ketika anda sedang beremosi tetapi mereka kurang mendengar butir bicara yang ada luahkan ketika itu. Lazimnya, anak-anak ini akan beri tumpuan kepada emosi dan bukannya perkataan yang diucapkan. Oleh itu, berbicaralah dengan tenang, jelas dan khusus bagi mendapatkan hasil yang lebih baik. Lantaran itu, berfikirlah sebelum bertindak dan tentukan apa yang anda inginkan. Jadikan kata-kata atau arahan yang anda berikan sebagai penyampaian yang berkesan buat mereka.
Dekati Anak Untuk Respon Yang Lebih
Memang mudah untuk menjerit dari dua ruang yang jauh di dalam rumah, tetapi ia kurang efektif untuk dipraktikkan. Si anak akan berikan respon yang lebih baik sekiranya ibu bapa datang bersemuka dengan mereka. Apabila anak-anak ini berada di hadapan mata, anda dapat lihat adakah si anak beri perhatian atau tidak terhadap apa yang dikatakan. Tidak dinafikan bersemuka dengan anak menuntut waktu yang lebih tetapi bila dilakukan berulang kali, hasilnya pasti berbaloi.
Berusaha Untuk Berubah
Membaca artikel ini tidak mampu mengubah keadaan sekiranya anda tidak bertindak dan berusaha untuk mengubahnya. Ingatkan diri sendiri tentang keinginan dan tujuan sebenar selain memberi masa kepada diri untuk menguasai tips-tips yang telah diberi. Bukan mudah menjadi ibu bapa yang baik tetapi dengan inisiatif yang telah dipraktikkan, insyaallah segala yang dirancang mampu berjalan dengan lancar. Yakin dan percayalah pada kebolehan diri anda bagi melahirkan anak-anak yang berjaya.

Jangan Guna Minyak Masak Lebih Dari Sekali

Dah lama saya dengar berita tentang bahaya guna minyak masak terpakai ni. Semalam berita ini keluar lagi. Kita patut berasa takut apabila memilih untuk makan di luar sebab kita tidak tahu tukang masak tu guna minyak yang macamana. Memasak sendiri di rumah adalah jalan terbaik yang kita boleh lakukan.

Jom baca berita di bawah sebagai satu peringatan untuk kita.
PETALING JAYA: Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.
Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.
Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.
“Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang” katanya ketika dihubungi The Star.
Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram.
“Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek.
Ini ada lagi berita berkaitan bahaya minyak masak kitar semula. Hati-hati ya…
Yang terkena darah tinggi tu mungkin salah satu puncanya  ialah kerana termakan masakan yang minyak masaknya diguna berulangkali.
Minyak masak yang dijual dalam bungkusan satu kilogram di pasaran mungkin telah dikitar semula.
“Ujian yang dijalankan ke atas 19 jenama minyak masak murah di seluruh negara mendapati minyak masak yang telah digunakan dan didedahkan pada haba panas berulang kali tidak selamat untuk kesihatan pengguna,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia, Ratna Devi.
Menurutnya, beberapa pengilang dipercayai membeli minyak masak terpakai di restoran menerusi orang tengah dan memprosesnya semula untuk dijual.
“Sampel yang dihantar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk diuji mendapati semua 19 jenama tidak menepati piawaian antarabangsa.”
Selain itu, Akta Makanan 1983 masih belum menyenaraikan piawaian untuk menguji bahan campuran yang terkandung dalam minyak masak.
“Kesatuan Eropah menetapkan bahawa bahan campuran sepatutnya berada pada tahap 25 peratus manakala Australia dan Switzerland mengehadkan 27 peratus.”
Semua 13 sampel yang diuji menunjukkan bahan campuran berada di antara 28.4 hingga 70.8 peratus.
Ujian jelas membuktikan bahawa minyak tersebut bukan minyak baru diproses, sebaliknya telah didedahkan kepada haba tinggi. Perubahan bahan terjadi apabila minyak digunakan berulang kali untuk memasak.
“Saya percaya, minyak masak tersebut telah dikitar semula menjadi biodiesel untuk kegunaan enjin diesel,” ujar Ratna.
Katanya lagi, minyak itu cukup popular dalam kalangan pengguna kerana harganya yang murah.
“Berdasarkan tinjauan, kebanyakan restoran di Lembah Klang menggunakan minyak masak tersebut.”
Ratna yang juga berpengalaman dalam sains makanan berkata, minyak masak kitar semula itu turut digunakan dalam pemakanan haiwan.
Sekali sekala guna minyak zaitun pun bagus juga…
 
Siapa nak minyak zaitun?

7 Cara Meluangkan Masa Berkualiti Bersama Anak-anak

RAMAI ibu bapa mengakui mereka sibuk di pejabat sehingga tiada masa untuk bersama anak-anak.

Namun berapa lama masa dihabiskan setiap hari bersama mereka?
Sangat penting untuk mencipta masa berkualiti bersama anak-anak. Ini kerana mereka akan membesar sebagai remaja dan ketika ini sekiranya ibu bapa bapa menjarakkan hubungan, dikhuatiri anak-anak mula menjauhkan diri daripada mereka.
Merapatkan semula hubungan kekeluargaan ini memang sesuatu yang sukar.
Menurut perunding keluarga yang juga pemilik laman pendidikan www.smartparents.com.my, Zaid Mohamad, walau sesibuk mana sekalipun, ibu bapa harus meluangkan masa dengan anak-anak. Terdapat pelbagai cara boleh dilakukan bagi merapatkan perhubungan antaranya:
1. Rancang percutian dalam masa tiga bulan akan datang. Dapatkan pandangan dan persetujuan daripada setiap ahli keluarga. Semak menerusi Internet destinasi yang ingin dituju kemudian minta anak-anak merancang aktiviti bergantung kepada jadual perjalanan menerusi laman sesawang itu.
2. Rancang aktiviti keluarga pada hujung minggu. Ia mungkin aktiviti di luar seperti berkelah, menunggang basikal, berjoging, berkebun atau aktiviti dalaman seperti bermain boling, berkaraoke atau menonton wayang bersama keluarga. Apa saja yang dilakukan seharusnya dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
3. Senaraikan beberapa lokasi yang boleh dituju dalam kembara sehari. Pastikan setiap ahli keluarga mengambil bahagian dalam perbincangan untuk menentukan lokasi itu dan aktiviti yang akan dilakukan. Jadikan acara ini sebagai aktiviti bulanan. Ketika dalam perjalanan ambil gambar sebanyak mungkin kemudian kongsi bersama keluarga apabila pulang daripada destinasi nanti. Pastinya semua akan ketawa apabila melihat koleksi gambar yang melucukan ini.
4. Sekiranya berhajat melakukan aktiviti perkhemahan, sebaiknya kumpulkan seluruh ahli keluarga yang ingin berkhemah bersama. Bincang lokasi yang ingin dituju kemudian sediakan peralatan perkhemahan seperti khemah, beg tidur, makanan dan keperluan memasak. Rancang aktiviti bersesuaian untuk dewasa dan kanak-kanak supaya masing-masing dapat merasai keseronokannya.
5. Perkenalkan malam tayangan gambar di rumah dan pastikan setiap ahli keluarga menyertainya. Pilih filem yang ingin ditonton kemudian beli video cakera padat asli agar memberi pengajaran yang baik kepada anak-anak. Pastikan anda menggunakan cahaya lampu yang malap seperti di panggung wayang kemudian sediakan makanan ringan dan minuman supaya anak-anak dapat menonton dengan selesa.
6. Sekiranya tiada jamuan ulang tahun hari lahir dalam masa terdekat, apa salahnya mengadakan jamuan sekadar suka-suka untuk meraikannya bersama keluarga. Anda boleh menjemput rakan anak anda dan menyediakan makanan dan minuman ringkas. Pada masa ini, mereka boleh saling bertukar pendapat sekali gus merapatkan hubungan sesama keluarga.
7. Bilakah kali terakhir anda bermain permainan dengan anak-anak? Jika sudah terlalu lama tidak melakukannya apa kata buka kembali Monopoly, congkak, teka silang kata atau bermain kad dan tunjukkan kebolehan anda bermain bersama mereka. Tetapkan peraturan siapa yang kalah akan diminta menghantar sarapan pagi ke bilik tidur. Apabila ini berlaku suasana pasti menjadi kelam-kabut kerana masing-masing akan menunjukkan bakat dan bermain dengan bersungguh-sungguh. Ketika ini, terserlah keceriaan pada wajah masing-masing, tambah pula apabila ibu menyediakan makanan dan minuman ketika perlawanan berlangsung.

Petua Hilangkan Panau

Anda menghadapi masalah kulit berpanau?
Cubalah hilangkan panau dengan petua-petua di bawah:

- Ambil halia sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Tepekkan halia yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan selama 15-20 minit. Amalkan selalu.

- Tenyehkan pucuk lada pada bahagian kulit yang bepanau. Amalkan selalu.

- Tumbuk 2 ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

- Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan ambil air perahannya. Sapu air lengkuas pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.

- Tumbuk beberapa helai daun lengkuas dan ambil air perahannya. Sapukan air perahan tersebut pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.

- Tumbuk daun pinang hingga lumat dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.

- Ambil air perahan buah pinang dan sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.

- Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan sedikit asam jawa dan sedikit beras. Tempekkan pada bahagian yang berpanau. Amalkan setiap hari.

- Campurkan secekak daun kesum dengan minyak tanah. Gosokkan pada bahagian kulit yang berpanau. Aalkan setiap hari.

- Tumbuk beberapa helai daun gelenggang hingga lumat. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas hingga bersih. Amalkan selalu.

SUP TULANG

Yg ni masak hari jumaat. ~ Nik Hazlini
Bahan
1 kg tulang
2 s/b minyak makan
3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
garam
bawang goreng
air secukupnya
Bahan tumbuk
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam
Bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Cara
  1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
  3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang dan kacau rata.
  4. Rebuskan sehingga daging di ulang betul-betul lembut.
  5. Masukkan air dan garam. Biarkan mendidih.
  6. Biarkan reneh.
  7. Tutup api.
  8. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.

DEFINISI DAN PENGERTIAN CANTIK TIDAK SAMA

Inilah pendapat kecantikan menurut beberapa negara :

                                  1. Jepang

http://3.bp.blogspot.com/_a2Ac_i7cQNk/S2Fff3cwMTI/AAAAAAAAMqs/t9_JtfOC6k4/s200/1.jpg
Di Jepang, kulit itu adalah kunci dari kecantikan. Wanita di Jepang mempunyai kulit lembut & cantik tanpa bekas, terutama di wajah mereka. Hal ini disebabkan karena wanita Jepang suka mengkonsumsi makanan & minuman yang mengandung collagen. Di Jepang, collagen sangat mudah ditemukan di supermarket, bahkan sudah banyak restaurant yang menyediakan makanan yang mengandung collagen. Tujuan mereka mengkonsumsi collagen adalah agar kulit mereka tetap halus, karena collagen adalah protein utama yang menyusun 75% area kulit dan berfungsi memberikan kekuatan dan kehalusan pada kulit.
Kulit wanita di Jepang memang halus, tapi tetap saja belum terasa lengkap tanpa rambut yang lurus, karena rambut lurus di Jepang juga dianggap cantik, dan kebanyakan rambut-rambut wanita Jepang itu memang lurus-lurus. Rambut lurus memang diibaratkan dengan gadis cantik di Jepang.

2. Taboohttp://2.bp.blogspot.com/_a2Ac_i7cQNk/S2Fffuzo30I/AAAAAAAAMqk/_yeRkHAYYuo/s200/2.jpg
Di Burma dan Thailand, anggota dari suku kayan memulai ritual kecantikan mereka dari waktu muda. Pada saat umur 5 tahun, mereka sudah memakai gelang berbentuk melingkar di sekitar lehernya. Gelang leher tersebut terus ditambahkan seiring dengan pertumbuhan mereka, dan hal tersebut membuat leher mereka semakin panjang seperti layaknya leher jerapah. Bagi mereka, leher yang panjang dengan gelang yang bersinar adalah tanda kedudukan dan keagungan mereka. Berat gelang leher tersebut bisa mencapai 22 pounds atau sekitar 10,5 kilo.

 
3. India
http://3.bp.blogspot.com/_a2Ac_i7cQNk/S2FffYNiaxI/AAAAAAAAMqc/VVdG_5N4yPA/s200/3.jpg
Wanita di India mencampur turmeric, lemon, dan honey untuk dioleskan ke kulit mereka, pada hari-hari perayaan seperti pernikahan atau acara keluarga. Mereka selalu memakai perhiasan, dan baju yang berwarna terang serta tanda merah di dahi mereka pada saat-saat tertentu. Tanda merah di dahi mereka biasa disebut kumkum dan mereka berpikir hal tersebut membuat mereka semakin menarik.

Hampir di seluruh dunia tahu, bahwa wanita di India memiliki kulit & rambut yang indah, dan hal tersebut telah membantu para wanita di AS(Amerika) yang ingin memanjangkan rambut mereka dengan teknik catok rambut. Apa hubungannya rambut indah di India dengan para wanita di AS? Sekitar 25% rambut palsu di AS didatangkan dari hasil pengorbanan wanita-wanita di India. Para wanita di India mengorbankan rambut mereka untuk upacara keagamaan Hindu, dan mereka percaya bahwa dewa mereka sangat suka rambut. Kuil Hindu tersebut otomatis kedatangan banyak rambut, Lalu untuk apa semua rambut tersebut? ternyata rambut tersebut mereka jual ke pasaran, dan meraup keuntungan sebanyak 18 juta dollar per tahun (1 $ = Rp 10.340).seorang ahli penata rambut mengatakan bahwa kualitas yang paling bagus mutunya adalah rambut orang India.

4. Iran
http://2.bp.blogspot.com/_a2Ac_i7cQNk/S2FfexHXpPI/AAAAAAAAMqU/GfNC3Ie9KCw/s200/4.jpg
Bagi wanita di Iran, kecantikan adalah memiliki hidung mancung yang mungil. Para wanita di Iran sangat suka dengan hidung mungil nan indah, karena para wanita di Iran biasanya memakai pakaian yang menutupi tubuhnya dari ujung rambut hingga kaki, kecuali wajah. Tapi Pertanyaannya 
"Apakah semua orang memiliki hidung cantik & mungil?"
 jawabannya "Tidak." Sesungguhnya kebanyakan wanita di Iran memiliki hidung yang besar, dan oleh karena itu, mereka rela melakukan segala cara untuk memperbaiki hidung mereka. Biasanya mereka melakukan operasi untuk memperindah hidung mereka, dan karena itu, negara Iran menjadi negara dengan jumlah operasi hidung terbanyak di dunia. Ternyata selain untuk kecantikan, operasi mereka juga menentukan status atau kedudukan, dan biasanya mereka memakai semacam plester di hidung mereka sebagai tanda bahwa hidung mereka telah dioperasi. Lucunya, banyak wanita di Iran yang memakai plester hidung walaupun mereka tidak melakukan operasi.

5. Brazil
http://4.bp.blogspot.com/_a2Ac_i7cQNk/S2FfenEGntI/AAAAAAAAMqM/khWDDYHuDzc/s200/5.jpg
Brazil adalah negara pengkonsumsi pil diet terbesar di dunia, karena para wanita di Brazil ingin mempunyai tubuh yang langsing. Selain memakan pill diet, para wanita brazil juga suka fitness & melakukan operasi. Seperti halnya wanita-wanita di Iran yang suka melakukan operasi hidung, wanita-wanita di Brazil juga sering melakukan operasi plastik. Operasi plastik di Brazil adalah operasi plastik terbanyak di dunia, sampai-sampai banyak majalah di Brazil yang khusus membahas tentang operasi plastik. Operasi dan kecantikan memang sangat penting di Brazil dan anehnya, anda bisa melakukan operasi di Brazil dengan mencicil/kredit, Jadi anda tidak akan terkejut orang miskin juga bisa operasi di Brazil. Para wanita Brazil menghabiskan 3/4 gajinya hanya untuk perawatan kecantikan.
 

6. Indonesia
http://3.bp.blogspot.com/_a2Ac_i7cQNk/S2FfBJl3qqI/AAAAAAAAMqE/Dt4hPRFtceQ/s200/6.jpg
Rahasia Kecantikan di Indonesia adalah langsing. Di Indonesia terdapat metode melangsingkan badan pasca hamil dengan memakai stagen. Stagen dililitkan di tubuh, untuk menekan perut dan pinggang yang besar setelah hamil. Memakai stagen membuat sang pemakai sedikit merasa sakit, karena tekanan yang diberikan stagen cukup keras.

 


7. Ethiopia
http://3.bp.blogspot.com/_a2Ac_i7cQNk/S2FfAlVl15I/AAAAAAAAMp8/o2WTMUZ6ANg/s200/7.jpg
Di Ethiopia, cantik itu adalah bekas luka cakar. Luka bekas di Ethiopia bukanlah luka yang tidak disengaja, justru mereka sengaja membuatnya sendiri dengan cara menyayat perut mereka. Mereka berpendapat bahwa luka tersebut dapat memuaskan lelaki, dan semakin banyak luka, maka semakin cantik. Biasanya luka cakar tersebut dibuat sejak mereka masih kanak-kanak.

 



8. France
http://2.bp.blogspot.com/_a2Ac_i7cQNk/S2FfAI-aObI/AAAAAAAAMp0/HpXPJ7kcK1I/s200/8.jpg
Di Paris, cantik adalah langsing, anggun, cantik, dan berkelas. Di Paris, para wanita menghabiskan banyak waktunya untuk perawatan kecantikan. Karena wanita Paris langsing-langsing, mereka hanya menyediakan baju dengan ukuran 12 untuk wanita. Anehnya, menurut mereka, umur 60 tahun adalah saat wanita Paris paling cantik.

 


9. Mauritania
http://2.bp.blogspot.com/_a2Ac_i7cQNk/S2Fe_7C36aI/AAAAAAAAMps/joPvJfGW_P0/s200/9.jpg
Hampir di semua negara menganggap cantik itu ibarat dengan langsing , tapi di negara bagian Afrika barat, Big is Beautifull. Mauritania negara berpasir yang terletak di sebelah barat laut Afrika. Arti kecantikan sangat berlawanan di Mauritania, dimana besar itu lebih baik(Sexy) dari pada langsing.

Semakin Besar(Gendut) seorang wanita, maka semakin banyak pria yang suka, jika semakin langsing maka semakin tidak laku. Mendengar hal tersebut, berbahagialah si Oprah, dan seluruh wanita di dunia yang kelebihan bobot. Karena semakin gendut, semakin banyak yang suka, maka sejak kecil anak-anak perempuan mereka diberi makan-makanan, dan susu onta yang berlemak tinggi secara berlebih.

Karena berlebihan, anak-anak tersebut muntah, tapi malah diberi lebih banyak lagi. Makanya tidak heran, makanan di sana mengandung banyak lemak dan tak ada yang menjual makanan diet atau pil diet di Mauritania. Lucunya, pria di Mauritania haruslah kurus atau langsing.

Tips Mendidik Anak-Anak

MERAIKAN ANAK-ANAK KETIKA MEREKA PERGI DAN PULANG DARI SEKOLAH

Kerap terjadi di kalangan ibu bapa yang gagal memberi didikan dan tumpuan terhadap anak-anak yang bersekolah, terutamanya ketika mereka pergi ke sekolah atau  pulang dari sekolah. Ibu bapa tidak meraikan anak-anak mereka ketika pergi dan pulang dari sekolah. Ini berpunca dari kesibukan mereka dalam menjalani tugas ataupun sememangnya mereka malas dan menganggap kerja-kerja seperti ini satu perkara yang kecil dan remeh.

Ibu bapa seharusnya menyedari kecuaian mereka meraikan anak-anak semasa pergi dan pulang dari sekolah. Sekiranya anak-anak dibiarkan pergi dan pulang tanpa ditanya dan diraikan, mereka akan berasa kurang ceria, kurang berminat dan adakalanya anak-anak boleh membohongi ibu bapa dengan mudah, bahkan kadang-kadang ibu bapa tidak tahu apa yang anak-anak mereka lakukan. Bagi anak-anak pra sekolah, lebih-lebih lagi yang baru masuk sekolah atau setahun bersekolah, tentulah anak-anak ini masih ada lagi perasaan takut untuk bersekolah. Ketika proses awal persekolahan inilah ibu bapa perlu mengambil perhatian terhadap anak-anak mereka.

Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan melapangkan sedikit masa untuk meraikan pemergian dan kepulangan mereka dari sekolah. Perkara-perkara berikut mungkin boleh dijadikan amalan harian :

Mengejutkan mereka dari tidur dengan penuh kasih sayang 

Menahan sabar terhadap sebarang kerenah mereka pada waktu pagi sebelum pergi ke sekolah. 

Cuba untuk bersama-sama bersarapan pagi dengan mereka sambil menanyakan kemajuan persekolahan mereka. 

Sama-sama bergerak ke muka pintu untuk melepaskan mereka pergi sambil bersalam-salaman dan berdakap-dakapan. Suasana berkasih sayang seperti ini amat penting terutama bagi mencairkan kerenah-kerenah negatif yang biasanya ditunjukkan pada waktu pagi. Kalau ada peluang cuba hantar sendiri anak-anak ke sekolah. Dalam perjalanan yang singkat itu banyak bentuk komunikasi yang dapat dilakukan. Banyak proses faham-memahami dapat diusahakan. Jadikan rutin seperti ini sesuatu yang menyeronokkan.  

Raikan kepulangan mereka. Tanyakan apa yang berlaku di sekolah. Sajikan makanan mereka. Kalau berkelapangan, hadirkan diri sebentar untuk sama-sama menjamah makanan dengan mereka. 

Sering ingatkan mereka tanggung jawab menyembah Allah S.W.T sebelum mereka melakukan perkara-perkara lain

Perasaan Takut pada Kanak-kanak

Perasaan takut memang sering menyelubungi kanak-kanak.  Ada kanak-kanak yang takut pada binatang-binatang seperti ular, tikus, anjing dan lipas. Ada pula yang takut pada air, keadaan gelap atau berada didalam ruang yang kecil dan sempit seperti lif. Sesetengah bayi pula mudah beresa takut pada orang berjanggut, bercermin mata, bertopeng atau  yang bersuara garang dan lantang.

Objek atau keadaan  yang ditakuti oleh kanak-kanak berbeza mengikut usia mereka. Kanak-kanak yang berusia satu hingga dua tahun sering berasa takut pada suasana gelap, bunyi mercun, bunyi guruh yang kuat atau binatang seperti semut, lipas dan anjing  Kanak-kanak yang berusia empat tahun keatas pula mungkin sering dilanda perasaan bimbang apabila memikirkan soal kematian dan penyakit yang mungkin menimpa ibu bapa mereka.  Perasaan takut boleh menguasai fikiran anak akibat daripada beberapa perkara.  Ibu bapa sendiri mungkin secara tidak sengaja menimbulkan rasa takut dalam diri sianak apabila mereka mempamerkan perasaan takut mereka terhadap sesuatu benda itu dihadapan anak mereka.

Bayangkan satu keadaan dimana seorang anak sedang bermain seorang diri dihalaman rumahnya.  Tiba-tiba seekor anjing menerpa kearahnya dan menyalak-nyalak. Dia sudah pasti akan menangis ketakutan. Peristiwa ini mungkin akan sukar  dilupakan dan perasaan takut terhadap anjing akan terbawa-bawa sehingga dewasa.

Bayi juga mempunyai perasaan takut. Saya pernah melihat karenah seorang kanak-kanak kecil yang telah diberi suntikan pelalian. Pengalaman yang'menyakitkan' ini kekal dalam ingatannya.  Walaupun dia telah sembuh, perasaan takut terhadap doktor masih wujud. Apabila dia dibawa kehospital untuk dirawat, dia mungkin akan terinagt-ingat peristiwa ini sehingga setiap kali dibawa masuk kedalam bilik doktor, dia akan  meraung ketakutan.

Memang menjadi suatu perkara yang lazim kanak-kanak berusia dua tahun keatas tidak mahu tidur seorang diri kerana takut.  Seorang ibu yang datang kelinik saya menceritakan karenah anaknya yang tidak mahu tidur seorang diri dalam biliknya kecuali jika ditemani. Alasannya: dia takutkan hantu! Apabila ibunya memberitahu  bahawa hantu tidak wujud, dia akanberkeras mengatakan bahawa  hantu memang ada didalam almari atau dibawah kati biliknya.  Seterusnya, dia akan mengatakan yang hantu itu akan menjelma apabila ibunya tiada bersama-samanya. Berbagai-bagai alasan yang diberikan agar ibunya tidur bersama-samanya.  Perasaan takut memang lazim terdapat dikalangan kanak-kanak dan tidak perlu dikhuatirkan sangat kerana ia akan hilang secara beransur-ansur.

Tetapi, ibu bapa dan ahli keluarga kanak-kanak tersebut tidak seharusnya pula menakut-nakutkan sianak dengan kisah-kisah hantu atau sebarang cerita yang boleh menimbulkan rasa takut sianak.  Apa yang sering berlaku ialah ibu atau bapa cuba memaksa anak mematuhi sesuatu perintah dengan cara menakut-nakutkan anak itu. Contohnya, 'Jangan masuk kedalam bilik itu, ada hantu". Maka, tidak hairanlah jika perasaan takut ini akan terus bersarang dalam jiwa kanak-kanak itu apabila dia sering diingat-ingatkan tentang hantu dan benda-benda yang menakutkannya.

Saya sering juga bertemu kanak-kanak yang  serta-merta menangis ketakutan apabila dibawa masuk kedalam bilik saya untuk diperiksa. Ini mungkin ada kaitannya dengan pengalaman yang menyakitkan yanag pernah dialaminya sewaktu menjalani  pemeriksaan-pemeriksaan sebelum ini seperti suntikan, ujian darah , prosedur lumbar punture dan sebagainya. Kanak-kanak perlulah sentiasa ditemani oleh ibu bapanya apabila menjalani pemeriksaan doktor kerana persekitaran dihospital merupakan suasana asing baginya dan dia mudah beras cemas. Ibu bapa adalah pelindung anak.  Hospital kanak-kanak yang dibangunkan pada masa kini memang direkabentuk bagi memuatkan tempat tidur dan ruang rehat untuk ibu bapa.

Kanak-kanak yang takutkan doktor perlu diberi masa untuk menyesuaikan diri.  Doktor kanak-kanak yang berpengalaman biasanya akan tahu bagaimana memujuk dan mendapatkan kemesraan kanak-kanak sebelum melakukan prosedur-prosedur atau pemeriksaan-pemeriksaan yang mingkin boleh menimbulkan perasaan takut dalam dirinya.

Berbagai-bagai kaedah digunakan untuk mengatasi masalah takut dikalangan kanak-kanak.  Saya teringat seorang kanak-kanak yang takut  dengan alat penyedut sampah (vacuum cleaner).  Sibu sangat suka melihat anaknya menangis sambil berlari ketakutan mendapatkannya setiap kali dia mendengar bunyi penyedut itu. Akibatnya, sianak berasa cemas setiap kali berhadapan dengan sebarang jenis alat penyedut, sama ada dirumah atau dikedai-kedai sehingga merunsingkan ibunya pula.  Untuk menghilangkan perasaan takut sianak terhadap alat itu, pada peringkat wal, dia dibenarkan bermain-main dengan beberapa bahagian alat itu.

 Setelah selesai bermain dengan kesemua bahagian alat itu, dia kemudiannya dibenarkan memicit butang suis tanpa menyambungkan alat itu pada bekalan elektrik.  Akhirnya, suis elektrik itu dipasang dan sianak dibenarkan memetik butang yang boleh menggerakkan alat penyedut sampah tersebut. Dengan memetik suis itu, dia mula yakin yang dia boleh mengawal apat penyedut sampah.  Akhirnya, perasaan takut terhadap alat itu akan beransur-ansur hilang.

Seorang kanak-kanak yang berusia 21/2 tahun  yang takutkan suasana gelap boleh dibiarkan bermain-main dengan suis lampu untuk menyesuaikan diri dalam keadaan terang dan gelap. Jika ada lampu meja disisi katilnya, dia boleh digalakkan menutup suis lampu sendiri sebelum tidur.  Mungkin beberapa hari sebelum itu dia dibenarkan tidur dengan lampu terpasang. Dia akan diberikan pujian dan galakan apabila dia sudah boleh tidur dala biliknya tanpa lampu terpasang. Perasaan takutnya terhadap suasana gelap akan hilang secara beransur-ansur.

Ada  seorang bayi berusia 11/2 tahun yang dikatakan sangat takut pada bunti guruh.  Setiap kali terdengar bunti guruh, dia tidak berhenti-henti menangis tersak-esak. Setiap kali turun hujan yang disertai ribut petir, dia akan menangis berpanjangan sehingga tertidur.  Satu cara yang disankan untuk mengurang perasaan takut bayi itu terhadap bunyi guruh ialah dengan memainkan pita rakaman bunyi guruh dihadapannya sewaktu cuaca terang-benderang.

 Pada mulannya, bayi itu menangis bila mendengar bunyi guruh pada pita rakaman itu tetapi lama-kelamaan dia akan dapat menyesuaikan dirinya dengan bunyi tersebut walaupun  apabila bunyi dikuatkan. Dengan cara ini, lama-kelamaan bayi akan tetap tenang walaupun hujab turun disertai petir berdentum.

Teringat saya pada seorang kanak-kanak berusia 2 tahun yang dibawa berjumpa saya untuk mendapatkan rawatan.  Sebaik sahaja ternampak anak patung besar didalam bilik saya, dia tiba-tiba menjerit ketakutan.  Siibu menyatakan bahawa anaknya amat takut pada anak-anak patung  yang besar. Itulah sebabnya dia tidak menyimpan anak patung dirumah. Abapila diselidik lebih lanjut, barulah saya faham punca yang menyebabkan sianak berasa takut.

Sewaktu dia kecil lagi, abangnya sering mengacu-acukan anak patung besar dihadapannya sambil menakut-natukannya. Dia kerap menangis teresak-esak berpanjangan. Satu program 'desensitisasi' telah dicadangkan.  Sebuah anak patung yang kecil diberikan padanya untuk bermain-main.  Apabila telah berasa selesa, dia diberikan patung yang lebih besar sedikit saiznya. Proses ini akan berterusan dan dengan cara ini perasaan takutnya terhadap anak patung yang besar akan hilang.

Program seperti ini pernah dijalankan ke atas seorang kanak -kanak yang takut pada kucing dan hasilnya amat berkesan sekali. Pada peringkat awal , dia diberi peluang untuk melihat dari jauh anak kucing dalam sangkar sambil diberitahu bahawa anak kucing itu amat takut kepadanya. Dia digalakkan untuk memikir tentang cara yang baik untuk menolong anak kucing yang 'ketakutan ' itu. Dia menyatakan bahawa dia mesti berjalan perlahan -lahan sambil menghampiri sangkar itu dan mencangkung serta bercakap -cakap dengan suara yang perlahan supaya tidak menakutkan kucing itu.

 Apabila dia sudah berasa selesa melihat anak kucing itu , dia disuruh menggambarkan dalam fikiran yang dia sedang menepuk -nepuk badan anak kucing itu. Dengan persetujuannya , anak kucing itu dikeluarkan dari sangkar terssebut dan dia dibenarkan megurut -ngurut dan menepuk -nepuk badan binatang itu. Dengan cara ini , dia dapat bermesra dengan anak kucing itu sambil menghilangkan perasaan takutnya terhadap binatang berkenaan.

Perasaan takut di kalangan kanak -kanak kecil biasanya akan hilang apabila mereka meningkat dewasa dan ibu bapa tidak perlulah berasa terlalu rungsing terhadap perkara ini. Mereka perlu faham bagaimana perasaan takut boleh wujud di kalangan kanak -kanak dan mengambil langkah -langkah yang berkesan untuk mengurangkan dan menghilangkan perasaan takut tersebut.

Kanak -kanak yang berusia empat tahun ke atas lebih matang fikirannya. Berbagai -bagai cerita yang boleh direka nya. Kadangkala , cerita -ceritanya boleh mendatangkan perasaan takut pada dirinya sendiri. Saya pernah bertemu seorang kanak -kanak berusia 5 1/2 tahun yang dibawa oleh ayahnya ke klinik untuk mendapatkan nasihat  tentang tingkah laku nya yang berubah dalam tempoh dua minggu kebelakangan. Si anak dikatakan tidak mahu berenggang dengan ayahnya. Setiap pagi dia akan menangis apabila ayahnya hendak pergi kerja. Lazimnya , si ayah akan meninggal kannya di tadika dan terus pergi ke pejabat tetapi dalam masa dua minggu yang lepas , dia tidak mahu ke tadika. Dia tidak mahu ayahnya pergi kerja dan akan meraung apabila ditinggalkan.

Ayahnya hairan dan runsing dengan perubahan tingkah laku anaknya. Pemeriksaan fizikal ke atasnya tidak menunjukkan sebarang kelainan. Saya mulalah berbual -bual dengannya tentang keadaan di tadika , kawan -kawan dan minatnya. Apabila ditanya jika ada sesuatu yang membuatnya sedih , dia menyatakan bahawa dia berasa takut dan tidak boleh tidur malam kerana khuatir bahawa ayahnya akan mati !! Bila ditanya mengapa dia boleh berfikir begitu , dia menyatakan bahawa dia tidak mengerti mengapa sesorang mesti mati dan tidak kembali lagi. Kebetulan pula , dia telah dibawa oleh ibu bapanya menziarahi neneknya yang baru meninggal dunia. Ayahnya mula faham mengapa perangainya berubah dalam masa satu atau dua minggu itu. Dia mula meluahkan segala perasaanya. Dalam pada itu , perkara hidup dan mati telah diterang mengikut cara yang dia faham dan boleh terima. Perbualan seterusnya tertumpu kepada tadika , guru dan kawan -kawannya. Rancangannya pada hari -hari seterusnya dibincangkan bersama -sama dan dia menyatakan bahawa dia ingin kembali ke tadika kerana berminat dengan aktiviti -aktiviti di situ. Sejak hari itu , tingkah laku si anak kembali normal dan dia tidak lagi berasa cemas apabila berenggang dengan ayahnya.

Dalam salah satu lawatan ke pusat perkembangan kanak -kanak TIMANG LPPKN , saya melihat satu peristiwa di mana seorang kanak -kanak berusia dua setengah tahun meraung sekuat -kuat hatinya kerana tidak mahu berpisah dengan ibunya yang terpaksa meninggalkannya di bawah jagaan pengasuh. Kanak -kanak mudah berasa cemas apabila ditinggalkan di tempat yang terasing baginya atau dibawah jagaan orang -orang yang tidak dikenalinya.

 Pengasuh yang cekap dan berpengalaman tentang karenah kanak -kanak akan dapat mengawal keadaan . Dengan penuh rasa yakin , dia akan mengambil anak itu daripada pangkuan si ibu dan terus membawanya masuk ke bilik di mana kanak -kanak lain sedang asyik bermain dengan alat -alat permainan. Dia akan memberi sepenuh perhatian pada anak itu dan menggunakan alat -alat pemaianan untuk menarik minat si anak. Dia tidak akan beredar sehingga si anak berasa benar -benar selesa dan mesra dengan keadaan sekelilingnya. Perasaan cemas apabila dipisahkan  daripada  biunya akan reda apabila si anak sudah yakin dan mesra dengan pengasuhnya.

 

Kadangkala , perasaan takut seseorang itu terhadap sesuatu benda atau binatang akan berterusan sehingga dewasa. Ambil contoh seorang dewasa yang takut pada anak kucing. Dia tidak faham mengapa dia bersikap demikian dan tidak pula tahu bagaimana cara mengatasi keadaan tersebut. Setuiap kali mendengar bunyi anak kucing mengiau , dia seolah -olah hilang pertimbangan . Wajahnya menjadi pucat , bulu romanya berdiri tegak , jari -jemarinya menggeletar dan dia berasa cemas. Apabila diselidik , ternyata bahawa perasaan takutnya itu telah bermula sejak usianya dua tahun lagi. Sewaktu dia terjaga dari tidur , dia mendapati seekor anak kucing sedang tidur di atas dadanya. Ini menyebabkan dia terperanjat dan lari dari ketakutan sambil menjerit -jerit sekuat hatinya.

Kejadian itu tidak luput dari fikirannya. Setiap kali ternampak anak kucing , perasaan takutnya akan timbul. Lama  kelamaan , terjalinlah perasaan takut ( phobia ) terhadap anak kucing. Semakin lama , semakin sukar untuk menghilangkan perasaan takut itu. Dia memerlukan satu program desensitisasi untuk mengatasi masalah yang dialaminya. Perasaan takut ini seelok -eloknya dirawat sewaktu sesorang itu masih kecil lagi .

Perasaan takut memang sering terdapat di kalangan kanak -kanak tetapi kebanyakannya akan hilang dengan sendiri. Ibu bapa perlulah mengetahui bagaimana timbulnya perasaan takut itu dan bagaimanaia boleh berlanjutan. Ia perlulah dianalisa untuk mengetahui asas kewujudannya. Kanak -kanak yang mengalami perasaan takut boleh dipulihkan dengan menggunakan strategi psikologi. Ibu bapa ingin anak -anak mereka menjadi dewasa dengan penuh keyakinan diri tanpa sebarang perasaan takut yang tidak berasas ( irrational fears ). Jika anak anda mempunyai perasaan takut yang agak keterlaluan , eloklah dapatkan nasihat ahli psikologi atau pakar kanak -kanak yang arif tentang masalah tingkah laku kanak -kanak supaya  keadaan ini dapat dipulihkan seberapa segera.